BUAT julung kalinya, orang ramai terutamanya peminat pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior (PQP TRW) bakal mendapat manfaat berganda melalui penggunaan Kad Debit-i Visa Bank Islam Kelantan FA "The Red Warriors" yang mula dilancarkan hari ini.
Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Sri Zukri Samat berkata, selain faedah kad debit biasa, kad debit yang diperkenalkan itu juga akan memberi kemudahan kepada pemegang untuk mengeluarkan wang tunai minimum RM500 dan maksimum RM2,000 sehari di Petronas terpilih di kawasan Pantai Timur.
“Malah pengguna kad debit ini juga sekali gus menyumbang kepada perkembangan bolasepak Malaysia amnya dan Kelantan khususnya dimana setiap kad baru dan yang diperbaharui, FAM akan mendapat RM2 dan Kafa RM2.
“Sehingga ini, jumlah pelanggan Kad Debit-i Bank Islam Visa telah mencecah lebih 2.6 juta dan angka ini akan meningakat dari semasa ke semasa, Insya-Allah,”katanya semasa menyampaikan ucap tama di Majlis Pelancaran Kad Debit-i Visa Bank Islam Kelantan FA "The Red Warriors" disini.
Turut hadir, Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Afandi Hamzah, Penasihat Kehormat The Red Warriors Sdn Bhd, Datuk Ir Shaari Hassan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam Malaysia Berhad, Khairul Kamaruddin dan barisan pengurusan Kafa dan Bank Islam.
Menurutnya, komitmen RM2 yang disumbangkan Bank Islam kepada Kafa adalah untuk membantu Kafa meningkatkan lagi usaha melahirkan pemain superstar dan membawa nama Kelantan ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini.
sinar harian
http://biz55.lot.my/
http://revobiziklan.blogspot.my/
http://www.kelabsimkad.com/
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..