CERITA ALTANTUYA SHARIIBUU KEMBALI [ PANAS!! ]


Pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu kekal misteri apabila pembunuhnya masih tidak diketahui. Gambar fail.Pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu kekal misteri apabila pembunuhnya masih tidak diketahui. Gambar fail. 






































Seorang peguam dari Majlis Peguam menarik diri daripada prosiding tatatertib terhadap peguam korporat Tan Sri Cecil Abraham kerana didakwa menyediakan akuan berkanun (SD) bagi penyiasat persendirian, mendiang P Balasubramaniam yang bukan pelanggannya.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider peguam kanan Lambert Rasaratnam tidak selesa membawa bukti dan soal jawab Abraham kerana beberapa "perkembangan terkini", yang tidak dinyatakan.

Sumber yang biasa dengan prosiding itu enggan menjelaskan lebih terperinci apa yang menyebabkan Rasaratnam menarik diri daripada mewakili pihak majlis, pengadu kes.

"Prosiding menjadi terumbang-ambing kerana majlis itu sedang mencari pengganti," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Mendiang P Balasubramaniam.Mendiang P Balasubramaniam.Difahamkan kerana personaliti yang terlibat dalam pendengaran tatatertib ini dan kemungkinan peguam kanan lain turut masuk dan terlibat dengan kapasiti atau dengan yang lain semasa perbicaraan, peguam kanan memperlahankan diri untuk menawarkan bantuan mereka dalam kes ini.

Sumber memberitahu, adalah memalukan jika perbicaraan tatatertib ini gagal kerana peguam kanan tidak selesa bersemuka dengan peguam terkemuka Majlis Peguam.

Prosiding bermula pada Mac dan perbicaraan seterusnya dijadualkan bulan ini dengan peguam Balasubramaniam, Americk Singh Sidhu memulakan hujah.

Abraham sedang disiasat oleh tiga peguambela dan peguamcara Jawatankuasa Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara (JDPP) kerana salah laku profesional.

Perbalahan SD adalah untuk membela kenyataan bersumpah pertama Balasubramaniam yang mengatakan Datuk Seri Najib Razak dan beberapa individu lain terlibat dalam kes pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

JDPP memutuskan untuk mengadakan prosiding selepas mendapati terdapat kes prima facie yang mencukupi terhadap peguam bagi salah laku profesional.

Jawatankuasa yang terdiri daripada dua peguam dan orang awam sedang melihat salah laku yang didakwa mengikut Seksyen 94 Akta Profesion Undang-undang (LPA) 1976 bagi "kelakuan atau kegagalan dalam tindakan seorang peguam dalam tindakan profesional yang membawa kepada ketidaksopanan yang mendalam.".

"Salah laku ini adalah berhubung dengan Abraham, yang didakwa membuat draf  SD untuk Balasubramaniam, semasa penyiasat persendirian itu bukan menjadi anak guamnya.

"Pada setiap masa material, Americk direkodkan sebagai peguam Balasubramaniam," kata sumber berkenaan.

Majlis Peguam mengemukakan aduan terhadap Abraham kepada JDPP tahun lalu dan pengerusinya, Christopher Leong hadir pada Mac di depan jawatankuasa itu memberi keterangan dalam sesi tertutup.

Americk akan menjadi saksi seterusnya yang hadir di hadapan jawatankuasa itu manakala peniaga permaidani Deepak Jaikishan juga dijadualkan memberi keterangan.

JDPP yang merupakan badan bebas Majlis Peguam ditugaskan menyiasat salah laku profesional.
Deepak sebelum ini mengaku membantu Balasubramanian menolak SD pertama beliau dengan mencari dua peguam bagi merangka kenyataan baru.

Americk mendedahkan mengenai perbalahan SD apabila beliau membaca kenyataan disediakan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-67 Majlis Peguam Malaysia tahun lalu di mana beliau berkata:
"Tan Sri Cecil Abraham mengakui kepada saya dia adalah orang yang menggubal akuan bersumpah kedua".
Americk kemudian memberitahu pemberita di luar AGM arahan kepada Abraham datang daripada Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri.

"Saya tidak berminat mengemukakan pengaduan kepada lembaga. Itu bukan agenda saya. Agenda saya hanya mencari siapa yang mengarahkan beliau melakukannya," kata Americk.

Leong ketika bercakap kepada media semasa AGM itu mencadangkan Pejabat Peguam Negara melihat semula kes Altantuya berdasarkan penemuan bukti daripada Americk, begitu juga kemasukan dan penglibatan Deepak dalam kes itu.

"Banyak diperkatakan tentang kurang jelasnya motif kedua-dua pegawai polis melakukan jenayah itu. Ia kekal sebagai persoalan yang tidak berjawab," kata Leong.

Dua bekas komando polis, Koperal Sirul Azhar Umar dan Ketua Inspektor Azilah Hadri yang dituduh membunuh Altantuya didapati bersalah dan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Sabitan mereka bagaimanapun dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan pada tahun lalu.

Putrajaya merayu keputusan melalui Mahkamah Rayuan. Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda yang didakwa bersubahat dengan mereka juga dilepaskan pada 2008.

Balasubramaniam atau lebih dikenali sebagai "PI Bala" menuduh beberapa personaliti kerajaan terlibat dalam pembunuhan Altantuya dalam SD pertama beliau pada 2008, dua tahun selepas pembunuhan wanita itu.

Bagaimanapun, beliau menarik semula SD itu pada hari berikutnya dan menandatangani yang baru, di mana semua nama personaliti, termasuk Najib dikeluarkan.

Bala meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac tahun lalu, beberapa minggu selepas pulang daripada pengasingan diri.

Peguam yang biasa dengan prosiding tatatertib berkata jawatankuasa itu akan membuat keputusan dan cadangan kepada lembaga termasuk hukuman yang bakal dijatuhkan kerana salah laku.

"Lembaga akan mempertimbangkan laporan jawatankuasa itu dan boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak," kata pensyarah undang-undang Surdev Singh.

Di bawah LPA, peguam yang didapati bersalah kerana salah laku boleh ditegur, didenda, digantung daripada menjalankan tugas sehingga lima tahun, atau nama digugurkan daripada daftar peguam. – 9 Mei, 2014.

TheMalaysiaInsider



BERIKLAN DAPAT BONUS..

 

Ulasan