Ketua penyokong PAS dakwa tersingkir isu hudud [ Hu Pang Chaw ]


IKLAN
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/2014/04/kain-baju-kurung-dan-telekung-terkini.html

Bekas ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw yang digugurkan daripada barisan baru sayap itu mendakwa disingkirkan kerana pendirian antihudud beliau yang tegas.

Menyifatkan pemimpin-pemimpin parti itu sebagai "kurang cerdik daripada sudut politik", Hu (kiri) yang tidak dimaklumkan tentang barisan baru sayap itu mendakwa sebahagian pimpinan PAS enggan menerima pendiriannya lagi.

Ia akhirnya menyebabkan nama beliau digugurkan dari DHPP, kata Hu.

"Saya rasa sebab paling besar adalah kerana saya menzahirkan pandangan berbeza dan mereka (pemimpin PAS) tidak boleh menerimanya lagi... jadi tindakan diambil terhadap saya," katanya kepada Malaysiakini, semalam.

Hu menegaskan yang beliau tidak pernah mempersoal kewujudan hudud dalam Islam.

Namun jelasnya, beliau percaya undang-undang tersebut tidak sesuai untuk dikuatkuasa di Malaysia.


mk

Ulasan