[ PANAS!! ] Pistol buatan Israel antara dirampas di Lahad Datu

 

Sepucuk pistol yang tertera tulisan 'Made In Israel' ialah antara senjata yang dirampas di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada 7 Mac tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu diberitahu semalam.

ASP Mursalim Mohd Salleh berkata beliau merampas pistol Bul M5 selepas berlaku pertempuran kecil antara pasukan keselamatan dan kira-kira 30 hingga 35 penceroboh yang bersenjata semasa operasi "cut-off" pada 6 hingga 7 Mac tahun lepas.
  
Ketika disoal oleh timbalan pendakwa raya Datuk Abdul Wahab Mohamed untuk menerangkan secara khusus mengenai pistol itu, saksi ke-27 pihak pendakwa itu berkata ia diperbuat daripada perak dengan pemegang berwarna hitam dan pada pemegangnya terdapat tulisan kecil huruf M dengan nombor 5 dalam tulisan.
  
Ia juga mengandungi magazin berwarna perak tanpa peluru, kata beliau.
  
"Ada tulisan ‘Made in Israel’ (pada pistol)," beliau memberitahu mahkamah.
  
Pistol Bul M5 itu dikenal pasti oleh Mursalim di mahkamah bersama tiga lagi pistol - revolver, pistol jenis Armscor bersama magazin tanpa peluru dan pistol jenis Gold Cup National Match bersama magazin dengan lima butir peluru dan sebutir lagi peluru dalam ruang peluru pistol.
  
Komander platun Pasukan Gerakan Am (PGA) itu berkata beliau merampas 12 magazin di lokasi pertempuran kecil - lapan magazin bagi peluru 7.62mm, satu magazin peluru 9mm, satu magazin bagi peluru semi-automatik dan dua magazin bagi peluru jenis 303 yang digunakan bagi raifal Garand.
  
Saksi itu berkata beliau juga merampas 186 peluru pelbagai saiz dan jenama.
  
Tiga puluh orang iaitu 27 warga Filipina dan tiga penduduk tempatan menghadapi pelbagai pertuduhan termasuk menjadi anggota kumpulan pengganas atau
melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk kumpulan pengganas atau melindungi orang yang mereka tahu adalah anggota
kumpulan pengganas.
  
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lepas.
  
Perbicaraan di hadapan Hakim Stephen Chung yang diadakan di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok.


Malaysiakini

PENJIMAT MINYAK PETROL  

BERBAIK!!! UNTUK KENDERAAN ANDA

Ulasan