Kalau hati baik, maka baik seluruhnya, kalau rosak, rosak seluruhya


Oleh Burhanuddin IMPAK.

1. Pesan guru saya masa ambil research methodology, apa sahaja buku yang nak dibaca jangan

tinggalkan muqadimah. Wajib baca.

2. Qardhawi tulis dalam muqaddimah buku Fiqh Ikhtilaf ini, Beliau tidak bimbang Sunnah at-tadaafu' (pertembungan), tetapi amat meresahkan beliau bila golongan yang sama-sama dalam kumpulan pejuang islam berlaku pertembungan. Mereka dakwa mereka para duat dan islamiyyun, tapi bertembung. Yang dibimbang perbezaan yang saling menghentam satu sama lain.

3. Antara dibangkitkan: bagaimaman nak selesaikan ikhtilaaf dalam Negara kita. Qardhawi sebut sebab2 ikhtilaf tapi lebih tekankan kerangka bagaimana menguruskan khilaf. Tak tumpu banyak sebab khilaf. Sebab boleh jadi terlalu banyak. Unik. Beza satu tempat ke tempat lain.

4. Sebab ikhtilaf terbahagi kepada dua (a) Sebab Akhlak - Moral termasuk masalah peribadi. "Apa yang kau bawak aku tak kira sbb aku benci kau" (2) Sebab Ilmu dan Cara Berfikir - Aliran befikir, manhaj, sudut pandang, cara berfikir berbeza.

5. Landasan/Kaedah ilmi dalam meluruskan perbezaan. Ibn Taymiyyah sebut: "Ijma' Sohabah hujjatun Qaatiah. Ikhtilaafuhum Rahmatun Wasiah" - Ijma Para Sahabah adalah Hujah yang putus. Perbezaan pandangan mereka adalah rahmat yang luas.


6. Khalifah Umar Abdul Aziz sebut "Aku tak gembira para sahabat sepakat dalam semua perkara kerana kalau spakat, maka apabila kita salahi perkara2 sepakat itu maka kita akan kufur dan sesat".
7. Qardhawi sebut kisah: Sultan Abu Jaafar Al-Mansur suruh Imam Malik tulis kitab Muwatta' Dia suruh kitab lain dibuang. Selaraskan. Imam Malik jawab "Jangan buat begitu. Sesungguhnya sahabat2 nabi sendiri mereka berbeza pandangan dalam masalah furu' (cabang) dan mereka bertebaran di negara umat Islam. Tak boleh buat dan bukan benda yang baik".

8. Zaman keemasan umat Islam, perbezaan pandangan dalam diskusi ilmu sangat harmoni.
9. Qardhawi sebut jangan lihat orang lain dengan spek mata hitam sebab kamu akan Nampak semua sisi gelap berkenaan orang lain.

10. Kena tekankan kita bertasaamuh dalam perkara yang kita tak spakati. Orang kata "Kalau bertasamuh, kita selalu kena berlunak dengan benda salah". Qardhawi tolak pandangan itu dengan hujah:

(a) Kebenaran tidak semesti tunggal, boleh wujud dalam pelbagai wajah. Cth Qiraat Al-Quran pun ada macam2. Kaedah Fiqh: 'Ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang seblum darinya'. Bukan samada black atau White. Sebab itu perlu tasaamuh. Mungkin dua2 berada pihak benar.

(b) Hormati orang yang berbeza pandangan dengan kita. Imam Syafie "Aku rasa pandangan aku betul tapi barangkali silap, pandangan orang lain aku rasa silap tapi barangkali betul".

(c) Perbezaan dlm mengaplikasikan sebab hukum (tahqiq al manat).

11. Bertasamuh bukan bermaksud kita berlapang dada dengan kemungkaran khasnya dalam perkara yang jelas dan putus. Dalam benda yang ijtihadiyyah, zonni dan tidak thabit mesti berlapang dada.

12. Kena ikhlas dan kawal diri kita dari ikut hawa nafsu. Kalau nak lihat perbezaan dikalangan kita dapat dimurnikan, semua kena ikhlas untuk lihat perbezaan disantuni dengan baik. Pertembungan kadang2 bukan sebab asas2 fiqh, tp sebab hawa nafsu.

13. Membebaskan diri drpd taassub. Samada taassub dgn pandangan sendiri (i'jab binnafs), taassub dgn mazhab, taassub menentang mazhab dan taassub terhadap kumpulan atau parti. Semasa Tatar menyerang Baghdad, semasa itu sedang krisis kafir mengkafir antara mazhab, berlaku perpecahan dan kelemahan dikalangan umat Islam.

14. Tidak benar taassub dengan kumpulan kita sehingga nafikan kebaikkan kumpulan lain. Perlu Tazkiyatunnafs.

15. Macamana nak selesaikan masalah hati: Hati kedudukan sangat istimewa. "Iza Soluha, soluha jasadu kulluh" - Kalau hati baik, maka baik seluruhnya, kalau rosak, rosak seluruhya.
16. Tarbiyyah mesti main peranan dalam membudayakan Adab Ikhtilaf. Tarbiyyah bukan segala-galanya, tapi segala2nya perlukan tarbiyyah.

17. Kadang2 dalam tarbiyyah, Pembinaan fikrah berjalan baik tapi tidak ditekankan pembinaan dalam aspek tazkiyattunnafs. Ini bahaya.

18. Hiwar dengan cara baik. Kena patuh dua disiplin. (a) Mesti ikhlas utk cari kebenaran dan bukan utk berperang atau menikam sahabat (b) Jangan cela orang dengan Bahasa yang busuk dan keji.

19. Manusia tidak terluka disebabkan berbeza pandangan, tetapi terluka bila dikeji dan dihina. Khasnya di Label dengan nama binatang. Itu akhlak yang keji. Lafaz Alquran "Yaa ayuhannas" Al-Quran tak nak provoke dengan panggil "ya ayuhal Musyrikun".

Kredit :  http://muktamarpas61.blogspot.com

Ulasan

  1. dalam hidup kita ni, kita mestila menjaga hati kita agar tidak dicemari oleh perbuatan buruk. dosa menyebabkan hati kita kotor dan gelap. apabila hati gelap, kita payah untuk mendapat keberkatan daripada Allah. masih ada masa ini, bersihkan diri kita dan bertaubat la.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..