Langkau ke kandungan utama

Celcom Xpax tawar pelan internet sehingga 15GB

Celcom Xpax tawar pelan internet sehingga 15GB
Zalman Aefendy (dua, kanan) pada majlis pengenalan pelan Xpax baharu.
    CELCOM Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax yang menawarkan sehingga 15GB kuota internet bersama Music Walla dan Video Walla Percuma.

    Pelanggan juga dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital mereka seperti Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Mingguan RM6 (500MB), RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan RM79 (15GB, dengan Music Walla percuma dan 15GB Video Walla).

    Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Internet Xpax dan ciri tambahannya adalah tawaran yang terhebat bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan.

    “Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman internet digital terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, tanpa kebimbangan kehabisan kuota data.

    “Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak internet dengan harga berpatutan, tanpa sebarang kerumitan. Dengan Xpax #nokelentong, apa yang mereka lihat adalah apa yang mereka dapat,” katanya.

    Pelan internet Xpax termasuk pelan sedia ada iaitu pelan harian pada RM3 (1GB), pelan mingguan pada RM10 (2GB) dan Pelan Internet Bulanan pada kadar RM30 (5GB) dan RM50 (10GB) yang didatangkan bersama Music Walla Percuma tanpa had.

    Pek Sim Permulaan Xpax berharga RM10 menawarkan Internet Asas Bulanan sebanyak 10GB dan 10GB internet berkelajuan tinggi untuk Facebook selagi pelanggan terus aktif dengan talian mereka. Kuota internet Xpax boleh digunakan untuk apa sahaja, pada mana-mana hari, sama ada dengan rangkaian 3G atau 4G, tanpa pembahagian kuota.

    Sinar Harian Online

    Ulasan

    1. RM30 utk 5GB byk tu... dulu RM30 utk 1-2GB je... lagi2 walla music free juga... beli walla video yg extra RM20 dah cukup... hehe

      BalasPadam
      Balasan
      1. Betul tu... memang murah... sebulan ko kena guna sampai RM50 utk semua in... byk juga... dah termasuk call juga x??

        Padam
      2. mahal juga, knp nk beli walla video add on lagi? 5gb tu x cukup pakai ke?
        jika nk tgk youtube, baik aku pakai semasa ada wifi

        Padam
      3. yg extra 50% data tu betul ke tak? yg tu pelan laen ke?

        Padam
      4. xpax line lambat sangt.. kdg2 xde line langsung
        ade 30gb bazir jugak

        Padam
      5. @sultam betul la... extra quota x percaya pula... hahaha... skrg byk app pun guna internet... cepat habis..

        Padam
      6. @tulangg ~ Lambat?? tempat ko kat mana?? Baru je mcm tu ke?? Kenapa x call celcom dan tanya... bukan lagi senang ke kalau mcm tu?

        Padam
    2. Kalau aku pula rasanya RM10 dah cukup tu. rumah dan ofis pun ada wifi yg strong. so x perlu byk data. hahaha~

      BalasPadam
      Balasan
      1. ada ke rm10 punya? aku tgk rm10 weekly saja ada, monthly ada ke?

        Padam
      2. aku rasa standard rm30 pun dah cukup pakai dah, haha, mestilah kena ada data, jika kat luar x de internet susah la

        Padam
      3. @walfer yeng betul tu... kalau nk tengok video byk beli je extra yg walla add on je... yg aku tau video mesti guna internet byk juga... kalau x susah juga... aku beli yg RM70 je... senang... semua pun ada... lagi murah dari postpaid lagi tu.. internet pun byk

        Padam
      4. @gelsis steve ... kalau nk yg RM10 sebulan ke?? Byk lama tu... kalau mcm tu internet mesti sikit je.... x akan bagi byk juga.... beli je sebulan tu... kecuali pasti blh habis dlm satu minggu tu je...

        Padam
    3. Baru tukar harini dari maxis ke celcom. Maxis cekik darah, tak mampu nak follow dah. Plan RM79 sebulan berbaloi untuk bebudak study or orang yang takada access wifi selalu. Haritu ingat nak amek WEBE sekali tengok forum, 3G line dah kena cap,majority dapat 1-2mbps, dia ingat future customer dia semua duduk tengah kl ke nak dapat 4G. Akhir kata, celcom janganlah nak main cap cap ni, nanti jadi macam UMobile batak buat video minta maaf suruh customer balik ke line dia semula.

      BalasPadam
    4. promosi utk plan ini sampai bila? i baru tau ada promosi data berganda drp collegue i smlm? dah habis ke promosi dia?

      BalasPadam
      Balasan
      1. data berganda tu masih ada sampai akhir bln ni. i tengok kat laman web dia smlm ada lagi promosi ni. i pun baru beli data video walla utk seminggu smlm, dpt juga 2 kali data video walla.

        Padam
      2. cepatnya habis promosi data berganda ni, i baru sempat dpt beli 2 kali data mingguan add on. mmg murah la sbb rm7 dpt 20gb utk data seminggu.

        Padam
      3. Aiyo, Saya beli u mobile lebih baik, ada unlimited data kat harga lebih murah

        Padam
      4. xpax bukan kata x baik, hanya data kurang dari umobile... tapi umobile dekat rumah saya x ada line... bagi unlimited pun x guna... xpax bila blh bagi unlimited?

        Padam
      5. unlimited utk telco U tu pun plan postpaid je kan? prepaid telco u tu pun tak ada unlimited, tapi i rasa dgn data berganda ni dah cukup berbaloi utk harga data murah mcm ni.

        Padam
      6. @kuda ku, telco U tu postpaid plan, harga mestlah lebih mahal drp xpax, promosi xpax ni kira murah sbb rm7 blh dpt 20gb data, lagi2 data video walla yg khas utk stream video atau drama online tu pun dpt beli dgn harga murah mcm ni.

        Padam
    5. Tawaran ni dah tamat.....Ada tawaran lain lagi bagi XPAX?

      BalasPadam
      Balasan
      1. Sudah tamat ke? aku rasa sampai hujung bulan ni... masih blh dpt top up...
        tapi susah setiap minggu nak top up baru dpt 20gb ni... x blh sekali sebulan bagi lebih lagi data ke...

        Padam
      2. i beli add on data utk bulanan dpt 30gb sebulan, itupun rm20 je, tak payah beli tiap2 minggu, mungkin u blh cuba beli yg data add on bulanan mcm sy.

        Padam
      3. Skeg masih ada....Masih ada free internet 10GB utk Instagram dan 10GB utk Facebook je setiap bulan
        Mcm masa terhad saje

        Padam
      4. Tambah lagi ada 2 kali ganda promosi utk data add-on....
        Best nya
        Tapi tamat 31 Dec...

        Padam
      5. @ peter c, mcm tu ada masa 2 hari lgi la utk beli data add on tu,
        klau beli skrg masih blh dpt data berganda utk add on walla tu kan.
        mcm tu aku nak beli data add on bulanan terus, itu pun baru rm20 dpt 30gb,

        Padam
    6. Gunakan prepaid TuneTalk unlimited plan rm48 untuk data 70gb sebulan
      Memang puas hati simkad hanya rm10

      BalasPadam

    Catat Ulasan

    Ulaslah Yang Terbaik..