CELCOM Xpax memperkenalkan Pelan Internet Xpax yang menawarkan sehingga 15GB kuota internet bersama Music Walla dan Video Walla Percuma.

Pelanggan juga dapat menikmati ciri tambahan yang dipertingkatkan untuk melengkapi gaya hidup digital mereka seperti Pelan Harian RM5 (2GB), Pelan Mingguan RM6 (500MB), RM19 (5GB) dan Pelan Bulanan RM79 (15GB, dengan Music Walla percuma dan 15GB Video Walla).

Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin berkata, pelan Internet Xpax dan ciri tambahannya adalah tawaran yang terhebat bagi memenuhi gaya hidup digital pelanggan.

“Kami inginkan pelanggan menikmati pengalaman internet digital terbaik dengan rangkaian Lightning Fast LTE Celcom, tanpa kebimbangan kehabisan kuota data.

“Celcom komited memenuhi kehendak pelanggan prabayar yang menginginkan lebih banyak internet dengan harga berpatutan, tanpa sebarang kerumitan. Dengan Xpax #nokelentong, apa yang mereka lihat adalah apa yang mereka dapat,” katanya.

Pelan internet Xpax termasuk pelan sedia ada iaitu pelan harian pada RM3 (1GB), pelan mingguan pada RM10 (2GB) dan Pelan Internet Bulanan pada kadar RM30 (5GB) dan RM50 (10GB) yang didatangkan bersama Music Walla Percuma tanpa had.

Pek Sim Permulaan Xpax berharga RM10 menawarkan Internet Asas Bulanan sebanyak 10GB dan 10GB internet berkelajuan tinggi untuk Facebook selagi pelanggan terus aktif dengan talian mereka. Kuota internet Xpax boleh digunakan untuk apa sahaja, pada mana-mana hari, sama ada dengan rangkaian 3G atau 4G, tanpa pembahagian kuota.

Sinar Harian Online