Langkau ke kandungan utama

CIMB catat untung bersih RM4.61 bilion

Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz

KEUNTUNGAN bersih CIMB Group Holdings Bhd bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2017, meningkat 26.8 peratus kepada RM4.61 bilion.
Perolehannya turut menokok kepada RM17.63 bilion berbanding RM16.07 bilion pada 2016, kata kumpulan itu menerusi maklumannya kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi itu didorong oleh pendapatan operasi sebanyak RM17.63 bilion, usaha disiplin kos dan peruntukan rendah yang berterusan dengan kedua-dua segmen perbankan runcit dan pengguna mencatat pertumbuhan keuntungan sebelum cukai masing-masing sebanyak 53 peratus dan 11.8 peratus.

Sebahagian besar pendapatan operasi yang lebih baik itu dipacu oleh pertumbuhan bukan faedah sebanyak 12.8 peratus, seiring dengan aktiviti pasaran modal yang positif dan peningkatan pendapatan fi serta pertumbuhan pendapatan faedah bersih sebanyak 8.4 peratus.

Menurut CIMB, perbelanjaan operasinya meningkat 5.6 peratus bagi tahun ke tahun namun ini hanya 3.4 peratus lebih tinggi selepas mengecualikan kesan tukaran mata wang asing ketika kumpulan mengekalkan usaha kos pengurusan.

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember, 2017, CIMB mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM1.09 bilion berbanding RM878.42 juta pada suku sama 2016 manakala perolehan juga meningkat kepada RM4.52 bilion daripada RM4.31 bilion.
Kumpulan itu mengumumkan dividen bersih interim kedua sebanyak 12 sen sesaham yang dibayar secara tunai atau pilihan Skim Pelaburan Semula Dividen.

Bagi tahun kewangan di bawah kajian, CIMB berkata, jumlah dividen itu adalah 25 sen atau RM2.28 bilion yang membabitkan nisbah pembayaran dividen sebanyak 51 peratus daripada keuntungan. -Bernama

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Dua syarikat internet dan pengarahnya didenda RM20 juta

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat perusahaan internet serta dua pengarahnya didenda keseluruhan RM20 juta oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pelbagai tuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran wang elektronik yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM), mempromosi skim piramid dan terlibat dalam pengubahan wang haram sejak 2012.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat MFace International Sdn Bhd (Mface), Syarikat MBI Marketing Sdn Bhd (MBI), pengarah Mface, Kau Fong Seng, 35, dan pengarah MBI, Teow Wooi Huat, 52, selepas wakil syarikat tersebut dan kedua-dua lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes  hari ini.

Syarikat Mface didenda  masing-masing RM7 juta dan RM2.5 juta bagi pertuduhan mempromosikan skim piramid iaitu skim MFC Club dan pertuduhan mengeluarkan suatu instrumen pembayaran yang telah ditetapkan iaitu wang elektronik yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(1) Akta Sistem Pembayaran 2003.

Kedua-dua kesala…

Celcom, Huawei jalin kerjasama guna platform pengkomputeran

CELCOM Axiata Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggunakan Platform Penyelesaian Operasi Pengkomputeran Awan dan Perisian Sebagai Perkhidmatan.
Menerusi perjanjian itu, Celcom menjadi yang pertama di negara ini menggunakan Perkhidmatan Sokongan Operasi berasaskan Pengkomputeran Awan sepenuhnya bagi mempertingkat kecekapan dalam automasi dan kepintaran pengurusan rangkaian, seterusnya memberi kelancaran dalam perjalanan Celcom untuk menjadi syarikat digital.  
Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad, Amandeep Singh berkata, melalui kerjasama ini, Huawei berhasrat mengetengahkan penyelesaian AUTIN™ dimilikinya serta berkongsi pengalaman global dengan Celcom dalam usaha mencapai operasi rangkaian lebih divisualkan, diautomasi dan pintar.Platform Operasi Digital ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan teknologi Machine Learning, dijana oleh Perkhidmatan Operasi Sesawang (Operation Web Services, OWS)…

Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


www.gajimasyuk.com

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Pelabur jangan panik!

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang juga pengurus tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB), menasihati para pelabur berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi dan pelaburan dengan pihak yang tidak dikenali.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin menasihati para pelabur supaya tidak melayan sebarang panggilan yang bertanyakan mengenai butiran pelaburan walaupun pemanggil mendakwa mereka adalah pegawai bank mahupun pegawai ASNB sendiri.
"Sebagai pengurus unit amanah yang mengurus lebih 229 bilion unit dalam edaran milik lebih 13.4 juta pemegang akaun, ASNB sentiasa komited melindungi wang pelabur dengan menggunakan sistem keselamatan terbaik.“Jika menerima sebarang panggilan yang mencurigakan, pelabur disarankan jangan mudah panik dan tidak membuat sebarang transaksi membabitkan pengeluaran ASB atau unit amanah ASNB yang lain.
"Pelabur diminta untuk peka dan mengambil tahu mengenai …

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI