Hamas: Kerajaan Perpaduan mungkir janji

 

Isnin, 13-04-2015 - Hamas menyelar Kerajaan Perpaduan kerana telah mengingkari perjanjian yang dimeterai oleh Perdana Menteri Rami al-Hamdallah berkenaan lintasan sempadan dan krisis gaji semasa kunjungan beliau ke Gaza, baru-baru ini.

Dalam mesyuarat mingguannya Selalu lalu, Kerajaan Perpaduan memutuskan untuk membentuk satu jawatankuasa yang bertanggungjawab ke atas lintasan sempadan Gaza bagi menyusun semula jawatankuasa pentadbiran serta undang-undang untuk membincangkan isu-isu berbangkit disebabkan perselisihan dalaman termasuk penjawat awam Gaza.

Hamas berkata, satu perjanjian dengan al-Hamdallah telah dicapai berkaitan pembentukan sebuah jawatankuasa bersama yang diketuai oleh Timbalan PM, Ziad Abu Amru, untuk menangani isu-isu seperti lintasan sempadan dan krisis gaji.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/

penterjemah : Annasuhana

Kredit : http://palestinkini.info/?p=15134

Ulasan