Langkau ke kandungan utama

Akhirnya PAS dan PKR berdamai di Permatang Pauh..

azminM 

PERMATANG PAUH, 24 April:

Beberapa jam sebelum PKR mengumumkan calon mereka untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, parti itu akhirnya membuat permohonan maaf ke atas Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkenaan dengan rang undang-undang persendirian Hudud.

The Sun melaporkan anggota jawatankuasa kawasan PAS Permatang Pauh, Jamsari apabila dihubungi berkata mereka selesai berbincang bersama presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah dan Timbalan Presiden, Azmin Ali di hotel di Seberang Jaya pada jam 9 malam.

Perbincangan itu dibuat sebelum penamaan calon untuk PKR dibuat.

“Azmin telah memohon maaf dan menerangkan kepada kami bahawa terdapat salah faham dalam kenyataan yang dibuat terhadap Hadi berkenaan rang undang-undang hudud,” kata Jamsari kepada The Sun.

Portal itu turut memetik Jamsari sebagai berkata: “Azmin berkata ada salah faham dari segi teknikal mengenai hudud dan menambah ahli PKR yang beragama Islam tidak menolak hudud. Dia (Azmin) menegaskan mereka menerima hudud.”Jamsari dipetik sebagai berkata PAS Permatang Pauh menerima permohonan maaf dan penerangan Azmin itu.

Menurut Jamsari dalam perbincangan itu Azmin turut berkata DAP tidak akan menyerang PAS secara terbuka mengenai perkara hudud.

“DAP perlu belajar menghormati objektif parti walaupun berbeza pendapat. Mereka (DAP) tidak sepatutnya menyentuh and mempolitikkan isu ini,” katanya seperti yang dipetik oleh portal berita itu.
therakyatpost.com

Ulasan