PAS Selangor ke Permatang Pauh kempen PRK..

 

PAS Selangor memutuskan untuk menghantar petugas parti itu ke Permatang Pauh untuk membantu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil kawasan parlimen itu 7 Mei ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Samad berkata, keputusan itu diambil selepas beliau berbincang dengan setiausaha agung parti berkenaan, Datuk Mustafa Ali.

Kata Iskandar, PAS Pusat memutuskan negeri-negeri di utara membantu gerak kerja pilihan raya kecil Permatang Pauh, manakala negeri di selatan bertugas di Rompin.

Namun, katanya, atas semangat setiakawan, PAS Selangor berbincang dengan Mustafa dan memohon agar dibenarkan menghantar petugas ke Permatag Pauh.




"Beliau bersetuju dengan permohonan kami. Justeru PAS Selangor akan turut membantu pilihan raya kecil di Permatang Pauh," katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Bilangan petugas yang dihantar ke Permatang Pauh, kata Iskandar, akan ditentukan Pengarah Piliharaya PAS Selangor, Mohd Haslin Hasan.
"Bagaimanapun fokus PAS Selangor masih kepada Rompin," katanya.

Malaysiakini

Ulasan