Pengamal media sosial harus ikhlas, berwibawa

 Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR - Pengamal media sosial harus bersikap ikhlas, inklusif dan berwibawa dalam menyebarkan maklumat selaras dengan kadar akses internet yang lebih tinggi oleh masyarakat masa kini.

Justeru, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata apa-apa yang ditulis oleh media sosial dapat dikongsi dengan pantas dengan bilangan besar pembaca dalam talian.

"Pengamal media sosial perlu memastikan hasil laporan, tulisan dan ulasan mempunyai fakta yang betul bagi memastikan masyarakat mendapat maklumat yang benar," katanya semasa berucap pada majlis Anugerah Media Sosial dan Blogger Sedunia 2015 di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan di sini, malam semalam.

Turut hadir presiden dan pengasas Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul hameed and naib presidennya, M. Ezzat Emir.


Khairy berkata media sosial perlu sentiasa berhubungkait dengan komuntiti dan memberi maklum balas dalam masa nyata sekiranya ada wujud isu yang dibangkitkan oleh masyarakat.

"Pembaca kini bukan seperti dulu...mereka boleh memberi respons dengan serta-merta jika ada isu dan pengamal media sosial perlu sentiasa bersedia dengan memberi jawapan pada masa nyata," katanya.

Pada majlis itu, 'Star Online' dan 'Harian Metro' masing-masing dipilih sebagai pemenang Anugerah Media Sosial Terbaik bagi ketegori Berita Online Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Pelakon wanita, Nora Danish dipilih sebagai Selebriti Media Sosial Terbaik 2015 kerana aktif dalam sosial media dengan hampir 1.8 juta pengikut dalam Instagram, 1.49 juta (Twitter) dan 365,933 dalam Facebook.

Guru kauseling, Asma Amhad memenangi kategori Blog Berita Terbaik menerusi blognya www.cgkaunseling.blogspot.com.
 
Pemenang Lain:
    --------------
Blog Makanan Terbaik; Squall Chin Ze Kheng (www.aquallcuisine.com)
 
Blog Gajet dan Teknologi Terbaik: Kamarul Azwan (www.ohsem.me)
 
Blog Hiburan dan Gosdip Terbaik: Leo Lim (www.spinorbinmusic.com)
 
Blog Gaya Hidup Terbaik: Mohd Izhar (www.akupenghibur.com)
 
Blog Fotografi Terbaik: Tarmizi Md Shukri (www.tarmizishukri.com)
 
Blog Beli-Belah Terbaik: Siti Zahidah Hussin (www.telekung.com)
 
Blog Sukan Terbaik: Melastik Bintang (www.motorsportsroom.my)
 
Blog Melancong Terbaik: Muhamad Afif (www.timetravelafif.blogspot.com).

Sinar Harian

Ulasan