Laman Facebook rasmi Malaysiakini untuk Bahasa Inggeris mencatatkan jumlah pengikutnya yang ke 1,000,000 pada jam 11 malam Sabtu - enam tahun selepas ia dilancarkan.
Laman ini telah berkembang dengan mantap sejak 2009 dan menyaksikan pertumbuhan yang cepat hampir 300 peratus tahun lepas.
Laman Bahasa Malaysia adalah yang pertama mencapai satu juta pengikut pada tahun lepas, dan kini mempunyai 1.14 juta pengikut manakala laman bahasa Cina pula mencatatkan lebih 600,000 pengikut.
Secara keseluruhan, laman Facebook Malaysiakini mempunyai lebih 2.75 juta pengikut.
"Malaysiakini adalah peneraju utama dalam landskap media sosial di negara ini. Kita menghadapi persaingan sengit dari laman pesaing tetapi berjaya menerajuinya walaupun berdepan pelbagai cabaran," kata editor media sosial Malaysiakini, Norman Goh.
Portal berita bebas itu telah menerima anugerah Kecemerlangan Media Sosial untuk berita dalam talian di Anugerah Bloggers dan Media Sosial Dunia pada tahun 2014.
"Media sosial memainkan peranan penting dalam memastikan berita kita mencapai khalayak yang lebih luas, di mana pembaca 'berkongsi' berita Malaysiakini melalui rangkaian sosial mereka," jelas Goh.
Goh menekankan keperluan untuk membina jenama Malaysiakini yang kukuh melalui strategi capaian media sosial yang berkesan di pelbagai platform media sosial.
Tugasan paling penting
Menurut Socialbakers.com, Malaysiakini juga disenaraikan sebagai antara laman media dalam talian yang paling pesat berkembang di Malaysia bagi kedua-dua laman bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, masing-masing dengan purata pertumbuhan bersih sebanyak 33,000 hingga 50,000 pengikut sebulan.
Data Facebook mengenai Malaysiakini menunjukkan purata 3.5 juta 'organic reach' atau impression seminggu dengan kira-kira 14 peratus - atau lebih 500,000 'engagement' melalui 'likes', 'komen' dan 'berkongsi'.
Perubahan kerap dalam algoritma Facebook untuk saliran berita bagi pengguna telah memberi kesan kepada banyak jenama di seluruh dunia. Bagaimanapun, laman Malaysiakini terus mencatatkan perkembangan yang mantap dalam 'organic reach' kepada pengguna.
Dalam laporan 2014 'We Are Sosial' mengenai penggunaan digital, sosial dan mudah alih di Malaysia, terdapat lebih 15.6 juta pengguna Facebook yang aktif.
Laporan itu juga mendedahkan bahawa 64 peratus rakyat Malaysia aktif dalam media sosial dan menghabiskan purata tiga jam sehari di pelbagai platform media sosial.
Malaysia juga antara yang mencatatkan penetrasi facebook yang tertinggi di rantau Asia-Pasifik pada kadar 53 peratus daripada jumlah penduduknya.

Malaysiakini
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..