Operion lancar laman web iklan percuma

1
 
Operion Ecommerce & Software Sdn Bhd melancarkan FTZ.my, sebuah laman web pengiklanan am untuk pengguna menyiarkan iklan kecil mereka secara percuma untuk tempoh yang lebih lama.

Selepas mendaftar secara percuma, pengguna boleh mengiklankan tanpa had jumlah dengan serta-merta sebaik sahaja mereka mengirim gambar dan pesanan iklan, kata syarikat pemasaran Internet itu dalam satu kenyataan.

“FTZ.my berfungsi untuk menyediakan akses laluan untuk perniagaan baharu dan usahawan kecil kepada platform dalam talian yang lebih mesra manakala penyiaran iklan produk dan itemnya sangat berkesan iaitu dalam tempoh dua minit.
 
“Iklan yang dimuatkan dalam FTZ.my adalah percuma untuk menggalakkan usahawan yang sedang meningkat memanfaatkan kemudahan dalam talian tanpa membelanjakan wang untuk menubuhkan laman web e-dagang dan penyelenggaraan,” katanya dengan menambah laman web itu adalah sejajar dengan pelan induk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kerajaan.
 
Operion Ecommerce & Software ialah sebuah syarikat khusus pembangunan laman sesawang e-dagang dan pemasaran Internet selain berpengalaman selama 20 tahun dalam industri teknologi maklumat dan lapan tahun dalam pembangunan portal.
 
Ia membantu 50 syarikat PKS, korporat dan multinasional sejak 2007.

The Rakyat Post
 
Iklan Penaja : http://biz-55.webs.com

Ulasan

  1. RIZAL RENOVATION AND PLUMBING , ( CO , 002359196 , P )
    @ UBAHSUAI RUMAH DAN OFFIS
    @ UBAHSUAI DAPUR DAN BILIK AIR
    @ MENGECAT RUMAH DAN OFFICE
    @ PASANG TILES
    @ KERJA-KERJA PAIP
    @ PLASTER CEILING
    @ BAIKI TANDAS TERSUMBAT DAN ZINKY TERSUMBAT
    @ GRILLE DAN AWNING DLL
    @ KERJA-KERJA WAERING
    @ MENBUAT BUMBUNG BESI DAN BUMBUNG BOCOR
    @ BAIKI LANTAI BILIK AIR BOCOR DLL
    @ PASANG/GANTI TINGKAP/PINTU/FREM ALLUMENIUM
    @ PASANG/GANTI PINTU DAN KUNCI PINTU
    @ GANTI TANGKI AIR DAN CUCI TANGKI AIR
    @ DAN LAIN=LAIN
    @ TAMPA CAS TRANSPORT
    @ MENERIMA TEMPAHAN KUALA LUMPUR/SELANGOR SHAJA
    HUBNGI RIZAL 0123905895 / FAX 0341086818

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..