KILANG PROSES AYAM SABUNG BEKALAN AIR HARAM

 Kilang kena serbu

KLANG - Tindakan sebuah kilang memproses ayam di Batu 4, Jalan Keretapi Lama membuat penyambungan secara haram ke paip utama Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hampir setahun lalu menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian kira-kira RM112,000.

Ketua Komunikasi Korporat Syabas, Amin Lin Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati lebih kurang 7.61 meter padu air digunakan premis itu untuk tempoh sehari.

“Siasatan awal mendapati tetiang meter milik premis itu berada dalam keadaan tertutup dengan menggunakan 'brass plug' berukuran 20 milimeter (mm).

“Pemilik kilang itu dipercayai membuat sambungan secara terus dari paip utama Syabas ke dalam premis dengan menggunakan paip polimer berukuran 32 mm,” katanya pada sidang media selepas serbuan oleh Syabas dan SPAN di lokasi, semalam.

Menurutnya, sambungan itu juga menyalurkan bekalan air ke dalam sebuah tangki simpanan air yang dibina dalam premis tersebut.

“Ujian klorin di tapak mengesahkan bekalan air yang diterima adalah air terawat.

“Bekalan air terawat yang diambil dari sambungan yang disyaki tidak sah ini digunakan bagi tujuan aktiviti perniagaan dan kegunaan harian di situ,” katanya.

Amin Lin berkata, pihaknya percaya premis yang beroperasi lebih dua tahun itu mengambil tindakan berkenaan bagi mengurangkan kos operasinya yang tinggi.

“Kesalahan sambungan yang tidak sah itu disyaki dilakukan mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), yang mana siasatan lanjut akan dilakukan oleh SPAN,” katanya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, lebih 900 kes dilaporkan berkaitan dengan penyambungan haram dan kecurian air terawat di negeri ini bermula Januari hingga November melibatkan kerugian lebih RM6 juta.

“Oleh itu, satu cara mengatasinya, Syabas akan siasat premis yang menggunakan air secara tidak sah seperti premis ini dengan kerjasama SPAN yang bertindak menguatkuasakan akta yang ada,” katanya.


Sinar Harian Online

 IKLAN PENAJA..

TeAutoNetwork.com/1444

Sistem untuk membantu anda mencari tajaan dan membina rangkaian dengan MUDAH dan menjana Pendapatan Aktif ke Pasif dan terbuka kepada semua pengguna handphone tidak kira dari Telco mana sekalipun.



Ulasan