Langkau ke kandungan utama

Nafi calon PKR terlibat aktiviti tidak bermoral - Azan Ismail

 Nafi calon PKR terlibat aktiviti tidak bermoral
Azan (duduk tengah) ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu di Jalan Pejabat di sini semalam.
 
KUALA TERENGGANU - Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail menafikan calon PKR terlibat kesalahan jenayah dan aktiviti tidak bermoral termasuk mengedar dadah.

Berdasar kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramah beliau bahawa terdapat calon mengedar pil kuda, dengan menyifatkan orang Pas tidak boleh menerima calon sedemikian, Azan menjelaskan, tiada calon PKR terlibat dan pihaknya telah membuat saringan ketat sebelum memilih calon bertanding.

“Sebenarnya bukan sahaja PKR Terengganu, PKR Pusat pun membuat saringan ketat. Pakatan Rakyat (PR) di peringkat Pusat dalam proses pemilihan calon masing-masing, memang wujud saringan yang amat ketat antaranya dari sudut kelayakan mereka sebagai calon yang akan bertanding.

“Saya menafikan ada antara calon-calon yang kita ketengahkan terlibat ataupun pernah terlibat, atau sedang terlibat dengan segala aktiviti sebagaimana yang dikatakan,” katanya ketika sidang media di Pejabat Perhubungan PKR Terengganu, di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya juga menjalankan siasatan rapi untuk memastikan ia tidak bersifat menganiaya atau tidak adil kepada calon-calon.

Mengulas lanjut, Azan tidak menolak bahawa penarikan diri tiga calon di Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi adalah untuk mengelak tanggapan negatif sedemikian, walaupun calon PKR yang diputuskan sebelum ini tiada kena mengena dengan aktiviti tidak bermoral itu.

SinarHarianOnline

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio]
Eksklusif Bersama Radio CiliFM
Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ulasan

  1. Apakah seorang yang dihormati sebagai Presiden parti boleh menuduh anak buah yang duduk dalam pakatan yang boleh dianggap sebagai anak sendiri itu hanya kerana merebut kerusi dalam PRU boleh dihormati sebagai ketua jemaah,adakah beliau hanya mendengar cerita dari mulut orang bawahan saja atau telah ada bukti ,lebih buruk lagi presiden benggong ini bercakap dalam ceremah semasa berkempen PRU13 ini,bukankan ini satu peluru berpandu bagi parti lawan khasnya UMNO untuk memutar belitkan berita,bahkan telah dijadikan sebagai penyelit iklan dalam siaran media mereka, apakah PR tidak ada jalan lain untuk bersuara secara dalaman apabila isue besar sebegini berlaku, ingatlah rakyat sekarang sedang teropong kemampuan PR untuk mentadbir Negara,jika baginilah sifat sebagai seorang Presiden yang nak jadi pentadbir Negara lupakanlah perangai macam kebudak-budakan tanpa selidik telah menuduh,itu bukan cara seorang ketua bertindak,tunggu dan lihat jika ia menjadi kenyataan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..