Sambil menangis, Kit Siang akui tindakan RoS jejaskan peluang DAP di Gelang Patah


Lim Kit Siang: DAP akan pakat lambang PAS di semenanjung, dan PKR di Sabah dan Sarawak. — Gambar failJOHOR BARU, 19 April — Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui tindakan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang menghalang DAP menggunakan logo mereka  untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kali ini mungkin akan memberikan kesan kepadanya yang bertanding di Gelang Patah.

“Peluang saya untuk menang di Gelang Patah daripada 50-50 sebelum pengumuman meletakkan Datuk Abdul Ghani Othman, kemudian 45-55 dengan pencalonan Ghani,” akui Lim ketika sidang media di Bilik Gerakan DAP di sini.
“Dengan pengharaman penggunaan lambang DAP, peluang saya hanya 40, manakala 60 peratus Ghani.”
Beliau yang dilihat menangis ketika sidang media berkenaan turut mengakui pengundi sudah pasti akan terkeliru dengan logo yang akan digunakannya dalam pilihan raya kali ini.

“Kalau hingga pukul tiga petang ini RoS tak keluar surat tarik balik kita akan gunakan logo parti komponen,” kata Lim merujuk kepada PAS dan PKR.
Lim menjelaskan, sehingga tempoh itu, sekiranya RoS masih membisu, DAP akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung Malaysia dan lambang PKR di Sabah dan Sarawak.

“Bagi Semenanjung, DAP akan pakai PAS, dan Sabah Sarawak pakai PKR, jika RoS tak benarkan DAP guna lambang parti.
“Ia menjadi penentu sama ada cubaan ‘menghancurkan’ (DAP) kerana orang tak faham atau mungkin PR akan ke Putrajaya kerana rakyat rasa marah dengan perkara ini,” tegas Lim yang merupakan calon DAP di kerusi Parlimen Gelang Patah.

Lim juga yakin tindakan yang dikenakan oleh RoS itu dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu termasuk MCA, namun enggan mendedahkan nama pemimpin tersebut.
“Parti komponen dengan serta merta tampil ke hadapan untuk beri segala bantuan yang kita perlu.
“Tetapi, calon kami tetap DAP ... hanya lambang parti sahaja yang berbeza,” tambahnya.

TheMalaysiaInsider

Ulasan

  1. jangan risau. dari gerak hati sy menyatakan bahawa dap tetap akan jadi pilihan rakyat. malah undi melayu akan bertambah. org cina tidak sama sekali akan mengundi ghani.... percayalah. tugas kita sekarang hanya perlu menyebar maklumat ini seluas2nya. sebaran maklumat bukannya sukar sekarang. amat mudah ... maklumat di hujung jari.

    BalasPadam
  2. Jgn risau apa yg kita lihat xberpehak kpd kita kkdg jadi sbaliknya...perancangan ALLAH itu sesungguhnya Maha Hebat..truskan Munajat wahai Sahabt seislamku..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..