SELEPAS membeli 49.9 peratus saham Proton, Zhejiang Geely  Holding Group Co. Ltd, (Geely) dilaporkan membeli firma kenderaan futuristik, Terrafugia.
Laporan Designboom mengatakan Terrafugia sebelum ini menghasilkan prototaip kereta terbang 'TF-X' dan 'Transition'.
Maklumat pembelian Terrafugia bagaimanapun tidak didedahkan kepada awam.
Selepas berpindah hak milik, Geely dijangka menyumbangkan lebih banyak dana dalam menjadikan kereta terbang satu realiti.

Sinar Harian