Langkau ke kandungan utama

Jangan cakap benda tak betul: Anak Saleem

Nursyafiq Farhain
Nursyafiq Farhain. - Foto Facebook
    ANAK kepada penyanyi Saleem Iklim, Nursyafiq Farhain berharap agar orang ramai menghentikan cerita-cerita palsu terhadap kesihatan bapanya yang kini terlantar di hospital.
    Menerusi Facebooknya, Nursyafiq berharap orang ramai menghentikan cerita yang tidak betul sebaliknya mendoakan perkara yang baik.
    "Doakan yang baik-baik, cakap yang baik-baik kerana kata-kata itu doa.

    "Jangan cakap benda yang tak betul kerana ia menjadi fitnah dan sia-sia bercakap tapi dapat dosa fitnah, sebaiknya diam," tulisnya.
    Sebelum ini, terdapat laporan palsu dan tuduhan liar mengatakan penyanyi lagenda itu telah meninggal dunia dan mengatakan penyakit yang dialaminya berpunca daripada pengambilan bahan terlarang.


    Saleem Iklim kini ditempatkan di bawah jagaan pakar Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan kuman.
    Penyanyi itu mempunyai ketumbuhan di bahagian bawah perut sebelum ia merebak dan menyebabkan kesihatan penyanyi itu terjejas.

    Dalam pada itu, Nursyafiq turut berharap agar bapanya itu cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan
    "Sama-sama kita doakan beliau semoga cepat sembuh dan dapat mengharumkan lagi industri muzik tanah air," katanya.

    Nursyafiq yang kini bertugas sebagai anggota bomba di Balai Bomba & Penyelamat Tebrau Johor Bahru sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas suaranya iras Saleem yang juga bapanya.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Anak Saleem diserbu peminat]

    Sinar Harian Online

    Ulasan

    Catatan Minggu lepas popular

    Dua syarikat internet dan pengarahnya didenda RM20 juta

    KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dua syarikat perusahaan internet serta dua pengarahnya didenda keseluruhan RM20 juta oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini atas pelbagai tuduhan mengeluarkan instrumen pembayaran wang elektronik yang tidak diluluskan Bank Negara Malaysia (BNM), mempromosi skim piramid dan terlibat dalam pengubahan wang haram sejak 2012.

    Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat MFace International Sdn Bhd (Mface), Syarikat MBI Marketing Sdn Bhd (MBI), pengarah Mface, Kau Fong Seng, 35, dan pengarah MBI, Teow Wooi Huat, 52, selepas wakil syarikat tersebut dan kedua-dua lelaki itu menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan semula kes  hari ini.

    Syarikat Mface didenda  masing-masing RM7 juta dan RM2.5 juta bagi pertuduhan mempromosikan skim piramid iaitu skim MFC Club dan pertuduhan mengeluarkan suatu instrumen pembayaran yang telah ditetapkan iaitu wang elektronik yang diperuntukkan di bawah Seksyen 24(1) Akta Sistem Pembayaran 2003.

    Kedua-dua kesala…

    Celcom, Huawei jalin kerjasama guna platform pengkomputeran

    CELCOM Axiata Berhad telah menandatangani perjanjian dengan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn Bhd bagi menggunakan Platform Penyelesaian Operasi Pengkomputeran Awan dan Perisian Sebagai Perkhidmatan.
    Menerusi perjanjian itu, Celcom menjadi yang pertama di negara ini menggunakan Perkhidmatan Sokongan Operasi berasaskan Pengkomputeran Awan sepenuhnya bagi mempertingkat kecekapan dalam automasi dan kepintaran pengurusan rangkaian, seterusnya memberi kelancaran dalam perjalanan Celcom untuk menjadi syarikat digital.  
    Ketua Pegawai Teknologi Celcom Axiata Berhad, Amandeep Singh berkata, melalui kerjasama ini, Huawei berhasrat mengetengahkan penyelesaian AUTIN™ dimilikinya serta berkongsi pengalaman global dengan Celcom dalam usaha mencapai operasi rangkaian lebih divisualkan, diautomasi dan pintar.Platform Operasi Digital ini menggabungkan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence, AI) dan teknologi Machine Learning, dijana oleh Perkhidmatan Operasi Sesawang (Operation Web Services, OWS)…

    Syarikat MLM terkemuka di malaysia CNI Malaysia kini berwajah baru.

    CNI Malaysia kini berwajah baru dan menggunakan sistem online dalam bisnesnya. Mereka memperkenalkan O2O frenz plan.

    Apa itu o2o frenz plan? o2o frenz plan adalah MENJANA KEUNTUNGAN SETIAP KALI ANDA BERBELANJA. Dengan pengalaman CNI 30 tahun dalam industri MLM di malaysia.

    CNI malaysia menyediakan tawan paling hebat dan diskaun untuk 7 juta produk dan termasuk produk CNI yang bertarah GMP.

    O2O plan juga adalah peluang terbaik untuk rakyat malaysia memulakan perniagaan secara online. Hanya bermodal permulaan RM50 sahaja anda sudah layak untuk menyertai plan O2O plan terkini CNI Malaysia.

    jika anda berminat boleh layari link ini : www.cni.my/976745/o2o


    www.gajimasyuk.com

    Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

    [Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

    Pelabur jangan panik!

    AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat unit amanah Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang juga pengurus tabung Amanah Saham Bumiputera (ASB), menasihati para pelabur berwaspada dan tidak berkongsi maklumat peribadi dan pelaburan dengan pihak yang tidak dikenali.
    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin menasihati para pelabur supaya tidak melayan sebarang panggilan yang bertanyakan mengenai butiran pelaburan walaupun pemanggil mendakwa mereka adalah pegawai bank mahupun pegawai ASNB sendiri.
    "Sebagai pengurus unit amanah yang mengurus lebih 229 bilion unit dalam edaran milik lebih 13.4 juta pemegang akaun, ASNB sentiasa komited melindungi wang pelabur dengan menggunakan sistem keselamatan terbaik.“Jika menerima sebarang panggilan yang mencurigakan, pelabur disarankan jangan mudah panik dan tidak membuat sebarang transaksi membabitkan pengeluaran ASB atau unit amanah ASNB yang lain.
    "Pelabur diminta untuk peka dan mengambil tahu mengenai …

    Catatan popular daripada blog ini

    Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

    Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

    Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

    Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


    Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

    [Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI