Langkau ke kandungan utama

iPay88 sasar Timur Tengah

iPay88 sasar Timur Tengah
Kok Long menjelaskan mengenai perancangan iPay88.

    SYARIKAT iPay88 Sdn Bhd (iPay88) kini menyasarkan meluaskan pasaran e-dagang ke Timur Tengah.

    Pengasas bersama dan Pengarah Eksekutifnya, Chan Kok Long berkata, iPay88 telah pun diiktiraf dan dipercayai di rantau Asia seperti Hong Kong dan Bangladesh.
    Menurutnya, iPay88 menjangkakan peningkatan pendapatan dari pasaran antarabangsa menjelang akhir tahun ini.

    "Walaupun Malaysia masih mengetuai dari segi pertumbuhan hasil, dari segi jumlah jualan, iPay88 melihat pertumbuhan 34 peratus di Indonesia untuk suku pertama dan kedua 2017 berbanding dengan tempoh yang sama pada 2016.

    "Jumlah urus niaga di Indonesia juga meningkat sebanyak 97 peratus tempoh yang sama. Jumlah jualan di Filipina meningkat sebanyak 64 peratus dan jumlah urus niaga mencatatkan pertumbuhan sebanyak 44 peratus.

    "Bangladesh adalah peserta akhir dalam sektor e-dagang, namun ia telah mencatatkan pertumbuhan yang luar biasa dalam masa yang singkat," katanya.

    Chan Kok Long berkata, peningkatan itu mendorong iPay88 meluaskan peluang di Timur Tengah dan berharap dapat membina kehadiran yang kuat di APEC menjelang akhir tahun 2018.

    Sinar Harian

    Ulasan