MEMANG tuah luar biasa. Guru, Mazatul Asheqin
Badaruddin memenangi sebuah BMW 316i dalam satu cabutan bertuah hanya
kerana membuat pinjaman peribadi dari Bank Islam September lepas.
Mazatul, 25, berkata beliau langsung tidak mengetahui tentang cabutan
bertuah itu hinggalah beliau diumumkan sebagai pemenang kempen
Pembiayaan Peribadi-i 2014 Bank Islam.
"Ini hadiah perkahwinan saya dan suami selepas berkahwin enam bulan
lepas," kata Mazatul kepada pemberita selepas majlis Penyerahan
Sumbangan Amal Jariah Bank Islam dan Hadiah Kempen 'BMW Pembiayaan
Peribadi-i 2014' di sini, hari ini.
Mazatul berasal dari Alor Star, Kedah, mengajar di Sekolah Rendah Hermanus Assan, Sarawak.
Turut memenangi hadiah serupa juga seorang guru, Siti Azian Syaharbanu Awang Lah, 37, berasal dari Kelantan.
Siti Azian yang mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum, Kota
Baharu berkata kereta jenis itu memang menjadi idamannya sejak kecil.
Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank
Islam Khairul Kamarudin.
Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..