KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sekiranya umat Islam mempunyai pemahaman agama yang betul pastinya ancaman liberalisme dan pluralisme dapat dielakkan.
Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata dengan pemahaman yang tinggi ancaman sehebat mana pun akan berjaya ditepis.
“Kita tidak boleh elakkan kemajuan teknologi seperti media sosial yang ada sekarang, tapi perlu perkukuhkan diri dengan pegangan agama yang kuat.
“Itu sebabnya kita perlu menambah pelbagai ilmu agama supaya ancaman penghinaan kepada agama tidak berjaya dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun katanya, dua ancaman yang dikenal pasti itu ada baik buruknya jika dilihat daripada segi penyebaran agama.
“Bunyi mungkin tidak elok, tapi ramai akan tahu pasal Islam.
“Buruknya apabila kesucian agama Islam dihina sehinggakan ada pihak akan melabelkan perkara buruk kepada agama,”katanya.
Terdahulu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta majlis agama Islam negeri mengenal pasti ancaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai penyumbang tertinggi kepada penghinaan ke atas kesucian Islam.
Katanya, penghinaan tersebut pula dilakukan golongan yang mendukung fahaman sesat.
Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..