Panas!!! Sah Terbukti Kerajaan Umnobn Berhubung Dengan Israel Yahudi..

M'sia benar warga Israel masuk bagi mesyuarat, sukan

Malaysia membenarkan kemasukan warga Israel ke Malaysia untuk menyertai mesyuarat atau kejohanan sukan antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

richard riotTimbalan menteri luar negeri, Datuk Richard Riot berkata kerajaan boleh membuat ketetapan berkenaan walau Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Dasar Malaysia memang kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu hubungan bilateral. Walau bagaimanapun, kerajaan dari masa ke semasa boleh melonggarkan untuk warga Israel untuk hadiri mesyuarat dan penyertaan dalam aktiviti sukan tapi dengan syarat tertentu,

Tambahnya lagi, kebenaran itu juga disyaratkan supaya penyertaan warga berkenaan hendaklah berbentuk "low profile seperti tidak boleh beri publisiti oleh media tempatan," katanya lagi.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing championBeliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung kehadiran peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai pada Jun lalu.

"Katanya lagi, kerajaan sedar dengan sensitiviti rakyat berhubung kemasukan warga Israel ke negara ini.

"Namun sekiranya warga isreal disekat daripada menyertai persidangan dan kejohanan bertaraf dunia, besar kemungkinan akan ada bantahan atau penarikan diri daripada sekutu Israel seperti Amerika Syarikat," katanya lagi.

Jawapannya itu menyebabkan beberapa orang ahli parlimen pembangkang dan BN bangun untuk menuntut penjelasan lanjut.

NONEAntaranya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) (kanan) yang mempertikaikan jawapan berkenaan kerana Grad telah memperlekehkan kebenaran Malaysia selepas dibenarkan masuk ke negara ini.

"Bila menteri buat keputusan benarkan masuk itu merupakan kesilapan besar. Bila menteri belia dan sukan anjurkan program, mereka patut lebih teliti.

"Pertandingan antarabangsa yang ada atlet daripada negara Israel yang perlu ditapis lebih awal... Sepatutnya kita minta maaf, dia tidak boleh datang. Itu merupakan satu ketegasan yang perlu dizahirkan," kata Khalid lagi yang marah dengan tindakan menteri belia dan sukan yang menyalahkan kerajaan Selangor berhubung kemasukan Grad ke Malaysia.

yusmadi yusof pkr youthSeorang lagi wakil pembangkang, Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) turut mempertikaikan kenyataan timbalan menteri berkenaan kerana program yang dihadiri Grad telah dirakamkan untuk stesen TV AXN.

Riot bagaimanapun mempertahankan kenyataannya sebelum itu dan menambah, dasar luar negara Malaysia tidak pernah berubah.MalaysiaKini

Ulasan