Agensi umrah didakwa sebar Syiah [ Terbongkar!!! ]

Abdullah Din


  

PENJIMAT MINYAK PETROL  

BERBAIK!!! UNTUK KENDERAAN ANDA
ALOR SETAR - Sebuah agensi pelancongan beroperasi di Kedah yang menawarkan pakej umrah dan ziarah dipercayai turut menyebarkan fahaman Syiah.

Difahamkan, agensi yang turut popular di Johor, Sabah dan Sarawak ini juga menyebarkan beberapa risalah dan buku panduan umrah versi Syiah kepada pelanggannya.

Lebih membimbangkan apabila buku panduan itu dipercayai bercanggah dengan amalan serta rukun umrah yang sebenar mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Cawangan Kedah, Abdullah Din berkata, beliau berasa bimbang dengan penularan kegiatan tersebut.

Menurutnya, populariti agensi terbabit di seluruh negara juga diyakini mampu mempengaruhi masyarakat berhubung ajaran tersebut.

“Perkara ini sebenarnya sudah lama berlaku, tetapi orang ramai tidak berani bersuara disebabkan beberapa faktor.

“Namun, saya melihat kegiatan agensi berkenaan semakin membimbangkan apabila sanggup menyebar risalah dan buku panduan berkaitan ajaran tersebut kepada orang ramai,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, agensi pelancongan itu juga turut menawarkan pakej umrah dua kali ganda lebih murah.

“Saya dimaklumkan, agensi berkenaan turut menawarkan pakej umrah serendah RM3,000 seorang berbanding kebiasaannya sekitar RM5,000 dan ke atas.

“Pada saya, tawaran harga ini sudah pasti membuatkan orang ramai tertarik untuk membeli pakej agensi berkenaan,” katanya.

Abdullah berkata, tindakan itu dipercayai cubaan pihak berkenaan untuk menyebarkan fahaman Syiah kepada orang ramai.

Jelasnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan serius berhubung perkara itu kerana mereka telah melakukan kesalahan besar, iaitu menyebar fahaman Syiah.

“Penularan fahaman Syiah adalah satu perkara yang amat membimbangkan. Apatah lagi ia membabitkan sebuah agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah dan ziarah.

“Bukan tawaran harga murah yang menjadi persoalan. Tetapi adakah amalan ibadah dan rukun umrah kita sah. Ini yang perlu diperhatikan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, pengikut fahaman itu juga kini sudah mula menonjolkan diri menerusi pembukaan beberapa perniagaan di sekitar negeri ini.

Katanya, mereka sudah mempunyai beberapa perniagaan perubatan alternatif, ternakan dan sebagainya.

Sinar Harian

Ulasan