Ustaz Mohd Lotfi, pejuang Malaysia di Syria, dakwa letak jawatan dalam PAS sebelum dipecat

  

PENJIMAT MINYAK PETROL  

BERBAIK!!! UNTUK KENDERAAN ANDA
Mohd Lotfi Arifin, rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan bersenjata di Syria, mendakwa beliau telah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April 2014 sebelum dipecat oleh parti itu.

"Sebenarnya saya buat surat letak jawatan sebelum PAS Pusat buat keputusan demi kestabilan PAS," kata Lotfi (gambar) dalam posting di Facebooknya 26 Jun lepas.
 
 Posting itu dipercayai dibuat beliau selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan beliau dipecat dari PAS pada 11 Mei 2014 lalu. Mustafa dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan memecat Lotfi dari menjadi ahli PAS setelah mendapat tahu dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan bersenjata di sana.

 Ia berikutan laporan The Star bahawa AJK Dewan Ulama PAS antara yang menyertai perjuangan bersenjata di Syria. Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pula menjelaskan, PAS akan meneruskan perjuangan melalui "muhajahad silmiyyah" (perjuangan secara aman) dan menyertai pilihan raya.

 Dalam postingnya di Facebook memaklumkan beliau meletakkan jawatan sebelum dipecat, Lotfi menyertakan salinan surat beliau kepada Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah (DUPNK).

 "Dengan ini saya Md Lotfi Ariffin meletakkan jawatan saya di semua peringkat dalam PAS berkuat kuasa serta merta," tulisnya dalam surat perletakan jawatannya itu. Lotfi menggunakan "Kufer Zeta, Hama Syria" sebagai alamat beliau ketika menulis surat itu.

 Dalam postingnya pada tarikh sama, Lotfi memaklumkan, sehari sebelum itu (25 Jun), beliau bersama "mujahidin" terus mara menuju bandar Syelewwet pinggir Hama.

 "Dengan mudah mujahidin menguasai bandar ini, seorang di kalangan kami cedera dan yang lain selamat manakala di kalangan musuh tak di ketahui berapa kelihatan, dua tiga orang bergelimpangan dan ghanimah untuk mujahidin adalah Dyoska bersama lorinya juga berbagai peluru," tulisnya. Beliau turut menyiarkan video bagaimana janakuasa eletrik di bandar Syelewwet pinggir Hama terbakar ditembak pejuang.

 Lebih 100 rakyat Malaysia dilaporkan ke Syria bagi menyertai perjuangan menentang regim Bashar al-Assad, menurut sumber polis Cawangan Khas kepada The Malaysian Insider. 15 dari mereka dilaporkan sudah meninggal dunia. – 28 Jun, 2014

The Malaysia Insider

Ulasan