GELATIN, QARDHAWI, KAZIM DAN CADBURY

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Jelas dalam al-Quran, haram makan daging babi (lahmal-khinzir). Maka makanan yang berpunca daripada daging babi, adalah haram. Samada babi goreng, sup tulang babi, limpa babi masak kicap, nasi goreng babi, babi steak, sate babi, porkball, dan sebagainya.

2) Adapun produk daripada gelatin babi terdapat khilaf dalam istihalahnya. Ada yang kata haram, kerana berpegang dengan prinsip apa sahaja yang berasal daripada babi samada daging, darah, gelatin, tulang, bulu, organ dalaman - semuanya adalah najis berat dan haram di makan.

3) Ada pula yang berpendapat hanya daging babi sahaja yang diharam menurut al-quran secara spesifik, manakala selain dari itu tiada dinyatakan dalam al-Quran, adalah harus dan sebagai solusi kepada dunia perubatan.

4) Dan ada pula pendapat yang mengatakan halal bahan daripada babi yang telah berubah sifat asalnya kepada bentuk lain setelah diproses secara kimianya - contohnya gelatin dan bahan tambah makanan.

5) Majoriti ulama berpegang kepada prinsip (2) berbanding sedikit sahaja yang terbuka pada padangan (3) dan (4). Saya secara peribadi berpegang kepada prinsip (2). Manakala pedapat lain saya anggap sebagai syubhah yg perlu kita elakkan. Saya tidak punyai ilmu usul fiqh yang kukuh untuk menyanggah hujah pendapat (3) dan (4). Maka saya menghormati pendapat-pendapat tersebut sebagai satu khilaf yang ada hikmah pada ketika-ketika tertentu.

6) Tentang bab istihalah yang saya fahami adalah berubah dengan sendirinya seperti arak berubah jadi cuka atau darah dipusat kijang berubah jadi kasturi. Bukan berubah dengan usaha kita dan bukan semua benda berubah masuk dalam bab ini.

7) Dalam isu Cadbury yang dilapor wujud DNA babi di dalamnya. Saya bukan pakar makanan atau pakar biologi. Menurut sedikit ilmu yang saya ada, DNA sesuatu hidupan adalah terdapat pada nukleus sel hidupan tersebut. Maka DNA hanyalah terdapat pada daging, tulang dan darah sesuatu hidupan, bukan pada gelatinnya. Gelatin adalah ekstrak daripada lemaknya yang sepengetahuan saya, tiada DNA padanya. Betulkan jika saya tersilap.

8) Maka persoalannya, bagaimana DNA babi boleh ditemui dalam coklat Cadbury? Apakah dalam pembikinan coklat itu ada dimasukkan daging babi atau darah babi, atau tulangnya? Tentu tidak. Bagimana bahan tambah makanan yang diproses daripada babi? Apakah diambil sumbernya daripada daging, darah atau tulang babi? Atau hanya gelatin sahaja? Jika gelatin, dari mana DNA ditemui?

9) Saya sejak awal isu cadbury ini muncul, saya mengambil pendirian untuk tunggu dan lihat. Setelah ia semakin menjadi kecoh dengan dikaitkan dgn Jakim dan munculnya NGO yg mahu cuci darah, saya fikir isu ini hanyalah mainan pihak tertentu yang sengaja mahu bikin isu panas agar masyarakat mengalih pandangan terhadap isu yang menggugat pihak tertentu. Isu GST dan Panda yang hangat diperkatakan tentu tidak menyenangkan satu pihak, maka dicuba isu DNA babi. Yang melontarnya adalah KKM yg kononnya 'terbocorkan' maklumat kajian makmal. Maka semua pandangan menjurus kepada haram dan jijiknya Cadbury, sehingga ada yg mahu suling darah. Dan kita tahu, akhir sekali JAKIM mengesahkan halal pula selepas kajiannya. Nampak tak permainannya?

10 ) Akhirnya isu panda ditenggelamkan oleh isu babi dan meleret hingga hari ini. Dan hari ini Dr Yusof Qardhawi diheret sama. Lupalah sekalian umat akan isu GST, isu panda, isu MH370, isu kenaikan harga barang, isu Teluk Intan akan diberi internet laju,.... isu kemungkinan Proton bakal naikkan lagi harga kereta dan lain2. Dan kemungkinan juga isu babi ini adalah cubaan untuk menjadikan kerjasama UMNO dan PAS menjadi kenyataan setelah isu kalimah Allah gagal, isu hudud tidak ke mana....

Sekian sahaja pandangan saya yang lemah dan prejudis.



Iklan Penaja
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html

Ulasan