Hai O antara usahawan terima bantuan

Penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Hairuddin Omar atau Hai-O

BINTANG bola sepak terkenal tanah air, Hairuddin Omar melalui syarikat miliknya, Adeq Sue Resources Sdn Bhd, bakal melangkah setapak lagi dalam dunia perniagaan apabila memperkenalkan enam pes masakan sedia hidang mulai Mac lepas.

Beliau sebelum ini telah mengusahakan Restoran Adeq Sue Ikan Bakar, sejak  tiga tahun lepas, di sini dan mula mengeluarkan pes rencah masakan itu berikutan sambutan menggalakkan di restorannya itu.

"Buat permulaan, kami mengeluarkan sos ikan bakar, sos tiga rasa, sambal bilis, sambal belacan, tepung serba guna dan sos ikan bakar petai dengan harga antara RM3 hingga RM8 sepaket.

"Ketika ini, kami hanya beroperasi di restoran dengan pengeluaran sebanyak 6,000 peket sebulan bernilai RM21,000 dan saya yakin ia akan meningkat kepada RM30,000 sebelum akhir bulan ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Minggu Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu 2014 di Kuala Terengganu hari ini.

Lebih menggembirakan beliau apabila usahanya itu turut mendapat perhatian daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan berkaitan keusahawanan yang memberi khidmat nasihat dan bantuan kewangan bagi pembelian peralatan dan mesin pemprosesan makanan.

Syarikatnya bakal memulakan operasi di sebuah kilang baharu di Seberang Takir pada Ogos ini dengan keupayaan memproses 600 kilogram bahan mentah setiap hari, dengan sasaran pengeluaran bernilai RM70,000 sebulan.

"Mardi (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia) banyak memberi nasihat dari segi teknologi, manakala SME Corp pula menyediakan geran untuk membeli mesin yang diperlukan nanti.

"Begitu juga dengan aspek pembungkusan di mana kita menerima bantuan daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan pelabelan produk oleh Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu," katanya.

Sinar Harian

IKLAN
 
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/2014/04/kain-baju-kurung-dan-telekung-terkini.html

Ulasan