ISIL lantik Khalifah, isytihar 'Negara Islam'

 
Iklan Penaja
http://usahawanjutawan33.blogspot.com/p/siapa-di-antara-andayang-ingin.html
Kumpulan Pergerakan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) mengisytiharkan pembentukan sistem khalifah baru di Iraq dan Syria.

Dalam rakaman audio yang disebarkan ke lamanweb semalam, kumpulan itu melantik ketua mereka, Abu Bakar al-Baghdadi sebagai 'Amirul Mukminin' dan Khalifah meliputi Diyala di Iraq sehingga Aleppo di Syria serta semua muslim di dunia.

Kenyataan itu juga berkata majlis Syura kumpulan itu bersetuju menukar nama ISIL kepada Negara Islam sahaja dengan menggugurkan Iraq dan Levant.

"Majlis Syura Negara Islam telah bertemu dan membincangkan isu (khalifah) ini... Pergerakan Negara Islam mengambil keputusan menubuhkan sistem Khalifah Islam dan melantik khalifah untuk seluruh umat Islam di dunia," kata jurucakap ISIL Abu Mohammad al-Adnani.

"Perkataan 'Iraq' dan 'Levant' turut dibuang dari nama serta dokumen rasmi Negara Islam," tambah Abu Mohamad sambil menggambarkan betapa Khalifah ini merupakan "impian yang membara di setiap hati Muslim" dan "Harapan untuk semua penjihad."

Koresponden Al Jazeera di Baghdad Iraq, Imran Khan berkata sistem Khalifah itu bermakna satu republik Islam dengan seorang ketua telah ditubuhkan tanpa mengira sempadan antarabangsa.

Dengan pengumuman tersebut kumpulan bersenjata itu menganggap mereka telah menjadi kerajaan yang sah.

Pengumuman itu turut mungkin membawa masalah dengan pejuang Sunni lain di Iraq yang berjuang menentang kerajaan Perdana Menteri Nouri al-Maliki dan bukannya untuk Khalifah.


Malaysiakini

Ulasan