Loji minyak terbakar - PD

PORT DICKSON – “Masa itu keadaan begitu mencemaskan apabila kami semua diarahkan meninggalkan kawasan dengan segera,” katanya seorang pekerja loji penapis minyak milik Esso yang terbakar, awal pagi semalam.

Menurut Ayappan, 30, kejadian disedari pekerja selepas terdengar letupan kecil dipercayai berpunca dari bahagian saliran paip minyak .

“Sebaik terdengar bunyi letupan, saya terlihat api kecil di kawasan tidak berapa jauh dari kedudukan saya.

“Saya bersama beberapa rakan kemudian bergegas memberitahu pengawal keselamatan sebelum melihat api semakin besar,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, hampir 100 pekerja di loji penapis minyak milik Esso itu bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila ruang kerja mereka tiba-tiba terbakar.

Kebakaran melibatkan ruang menempatkan paip saluran minyak sehingga musnah teruk.

Bagaimanapun, anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke tangki minyak serta sebuah bilik loji penapis kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Yahya Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.06 pagi dan seramai 32 anggota dari balai Telok Kemang, Seremban 2 dan Seremban terlibat dalam operasi itu.

”Dua anggota bertindak masuk ke lokasi kejadian untuk menutup injap saluran paip yang terbakar.

“Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanyadi lokasi kejadian, semalam.

Yahya berkata, api berjaya dikawal 3.36 pagi dan padam sepen:uhnya kira-kira sejam selepas itu.

Sementara itu, Esso Malaysia Berhad (EMB) dalam satu kenyataannya berkata, operasi terminal EMB di hentikan sementara waktu, sebagai langkah berjaga-jaga dan disambung semula operasi apabila semuanya berada di dalam keadaan baik.SinarHarian

Ulasan