Langkau ke kandungan utama

Orang agama jangan 'bantai' saja artis - Zed Zaidi

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Pelakon popular, Zed Zaidi (gambar) mengalu-alukan langkah yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang menemui Ahmad Idham Ahmad Nadzri, bagi menyelesaikan kontroversi yang timbul berhubung filem terbaru arahan pengarah itu pada 26 September lalu.

Menurut beliau, dengan adanya pertemuan seperti itu, golongan artis akan lebih terbimbing dengan baik bagi membolehkan mereka menghasilkan filem-filem lebih bermutu pada masa akan datang.

"Pada saya, langkah yang diambil oleh golongan agama tidak kira sama ada dari PAS dan pertubuhan-pertubuhan lain untuk mendekati artis sememangnya dialu-alukan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Dengan adanya langkah seperti itu, katanya, ternyata golongan agama bukan sekadar hanya tahu 'membantai' golongan artis, tetapi turut sama berperanan menyelesaikan masalah yang berlaku berhubung pembikinan dan penerbitan sesebuah filem serta kehidupan golongan artis.

Pengarah Ahmad Idham baru-baru ini diselubungi masalah apabila filem terbaru arahannya, Hantu Bonceng mencetuskan kontroversi disebabkan beberapa adegan di dalamnya didapati menghina Islam.

Filem Hantu Bonceng yang diterbitkan oleh syarikat kepunyaan Ahmad Idham sendiri, Excellent Pictures Sdn Bhd ditayangkan bermula 31 Ogos sehingga 4 September 2011 lalu secara serentak di 80 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Hantu Bonceng dibintangi Mohd Razizan Abd Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan Raja Lawak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie, Tai, Zahid Baharudin dan beberapa orang pelakon lain.

Filem ke-23 arahan Ahmad Idham itu merupakan filem komedi dan mengisahkan Amran yang gemar berlumba haram yang tiba-tiba terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa gadis yang memboncengnya.

Sejak itu, gadis yang tidak tenteram itu menghantui Amran dan Amran meminta kekasihnya, Halimaton dan rakannya Kunyit menyempurnakan mayat gadis tersebut.

Namun filem yang menghasilkan kutipan tiket melebihi RM8 juta itu dikecam hebat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia kerana dalam satu adegannya, Zizan jelas menghina Rasulullah saw dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar ... syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu ... syaitan”.

Selain itu turut ditambah dengan adegan mempersendakan azan, memakai baju yang mempunyai tanda salib ke masjid dan beberapa isu tahyul seperti bogel depan hantu.

Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika membuat teguran terhadap filem itu sejak 19 September lalu turut kesal yang teramat sangat dengan kelemahan ketara pihak Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), sehingga membenarkan filem-filem berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan.

20 September lalu, Dewan Pemuda PAS melanjutkan lagi tegurannya kepada pihak penerbit, pengarah dan pelakon filem itu agar menyedari kesalahan tersebut dan mendesak agar penayangan filem itu dihentikan dan jika mahu ditayangkan juga, sekurang-kurang babak mengucap syahadah secara salah itu mesti dipotong untuk tayangan berikutnya.

Bagaimanapun, teguran itu tidak dipedulikan oleh Ahmad Idham, malah beliau dilaporkan menjawabnya dengan nada dan ayat-ayat yang tidak sewajarnya.

Tindakan beliau memaksa Dewan Pemuda PAS Malaysia membuat keputusan untuk mengadakan pertemuan khas dengan pengarah tersebut bagi menjelaskan maksud sebenar teguran itu demi kepentingan Islam, para penonton filem itu dan orang ramai di segenap peringkat pada 26 September lalu.

Pertemuan tersebut diadakan di pejabat Ahmad Idham dan melibatkan Nasrudin bersama beberapa kepimpinan Pemuda PAS Pusat lain serta menghasilkan natijah yang cukup baik.

Menurut Zed, beliau yakin pertemuan seperti itu tidak sia-sia, tetapi pasti terdapat hasil yang baik yang turut membantu Ahmad Idham menyelesaikan masalah yang dialaminya sekarang dan menghasilkan filem yang lebih baik selepas ini.

Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) berkata, golongan artis sememangnya golongan yang berpengaruh dalam masyarakat dan perlu menjalani kehidupan yang baik seperti yang dituntut dalam Islam.

"Jadi golongan artis memang amat perlu didekati oleh golongan agama. Golongan artis perlu dibimbing supaya dapat memainkan peranan yang baik untuk masyarakat.

"Sekiranya golongan artis melakukan kesalahan, mereka perlu ditegur dengan baik, bukan dengan cara mengutuk dan membantai mereka seperti yang dilakukan oleh sesetengah pihak," katanya.HarakahDaily


Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Guru tertipu skim pelaburan dijanjikan jiran

KUANTAN- Seorang guru wanita membuat laporan polis terhadap pasangan suami isteri yang juga jirannya selepas rasa tertipu dalam urusan pelaburan crypto-coin yang disertai melalui pasangan sejak tahun lalu.


Wanita berusia 57 tahun dari Lipis itu bertindak demikian bagi menuntut kembali wang pelaburannya berjumlah RM18,000 daripada pasangan berusia 60 dan 62 tahun itu kerana mendakwa langsung tidak menerima sebarang keuntungan hasil pelaburan tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang juga pengadu dalam kes itu sudah bersemuka dengan jirannya (penama) bagi menuntut wangnya kembali namun mereka gagal memulangkan balik dengan alasan wang pelaburan sudah berada dalam sistem.


Menurutnya, guru berkenaan diperkenalkan tentang skim pelaburan tersebut oleh jirannya (isteri) pada September tahun lalu dan dipelawa untuk menyertai pelaburan yang kononnya menjanjikan keuntungan lumayan yang diuruskan suaminya.

“Pengadu mendak…

Dari penjual burger, kini miliki kilang sendiri

Mohd Izzuddin dan isteri bersama produk patty burger keluaran mereka KIRA-kira 20 tahun lalu, dia hanya seorang peniaga burger di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran sebuah kolej di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Baginya, perniagaan gerai burger yang diusahakan ketika itu lebih daripada sebagai sumber pendapatan kerana dia turut mencari pengalaman berdepan selok-belok perniagaan demi mencapai wawasan masa depannya untuk bergelar seorang usahawan. Kini Mohd Izzuddin Mohamed, 41, berada di landasan tepat dalam merangka arah tuju wawasannya itu apabila dia berjaya mengembangkan perniagaan daripada peniaga burger biasa kepada perniagaan francais jenamanya sendiri, Akie Burger, di bawah Program Pra Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Dia yang berpandangan jauh ke depan dalam perniagaan pada mulanya membuka beberapa gerai burger di sekitar Kuantan yang diuruskan sendiri pada 2009 sebelum mengambil keputusan membuat sendiri patty burger untuk kegunaan gerainya. Ketika itu dia hany…

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Cara mudah menjadi Jutawan melalui ASB?

Bagaimana RM537 Menjadi RM340,000 Dengan Teknik ASB??

Buat duit dengan Amanah Saham Bumiputera (ASB) semakin popular disebabkan pulangannya yang agak konsisten. Pada tahun 2013 dividen ASB ialah 8.7% termasuk bonus dan 8.5% pada tahun 2014 yang lalu. Mereka yang tidak merebut peluang keemasan di depan mata ini memanglah merugikan.

Ramai di antara kita yang merungut kerana tidak mempunyai duit lebih untuk
disimpan di ASB. Sebenarnya ianya bergantung bagaimana kita menguruskan kewangan bulanan yang kita dapat. Yang terbaik ialah kita simpan dahulu dan lebihnya kita gunakan buat perbelanjaan. Bukannya belanja dulu baru simpan! Konsep ini dah terbalik.

Sebagai contoh, jika anda mendapat gaji RM2,000 sebulan, anda perlu menyimpan
30% dahulu atau RM600 ke ASB. Baki RM1,400 barulah anda gunakan untuk membayar
rumah, kereta dan bil yang selainnya. Kalau tak cukup, anda perlu rombak
semula gaya hidup anda untuk menampung perbelanjaan baki tadi.

Jadi bagaimana untuk kita buat duit dengan ASB. A…

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya


Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI