Dengan itu, PKR akan kekal bertanding di 21 DUN, PAS di 20 kerusi dan DAP pula sebanyak 15 kerusi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad (gambar bawah, kiri sekali).
Ketika beberapa negeri, khususnya Johor yang masih dikatakan dalam pertikaian berhubung pembahagian kerusi, Pakatan Selangor dan Perlis antara negeri terawal yang dilaporkan menyelesaikan.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun semalam menafikan rundingan itu gagal kerana perbezaan pendapat berhubung rundingan itu perkara biasa.
Cadangan PAS bertanding lebih di parlimen
Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, sebarang cadangan pertukaran tempat bertanding antara parti bergabung perlu dibawa kepada rundingan pimpinan tertinggi mereka.
Dengan pembahagian itu, Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS berharap parti Islam itu akan menang di semua kerusi yang ditandingi.
Bagi kerusi parlimen pula, Khalid mendedahkan, terdapat cadangan supaya PAS bertanding lebih di kerusi negeri itu, bagaimanapun ia perlu diputuskan PAS Pusat.
Sementara itu, mengulas pemilihan calon pilihan raya, Khalid berkata nama yang dicalonkan kawasan dan sayap parti sebelum tarikh akhir 31 Ogos lalu akan diserahkan kepada PAS Pusat hujung bulan ini.
"Kita akan majukan kepada Pusat untuk membuat penapisan dan pengesahan," katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.MalaysiaKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..