Langkau ke kandungan utama

Segera laksana kebebasan akhbar - Mat Sabu

MARAN - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengi-ngatkan kerajaan supaya segera melaksanakan konsep kebebasan akhbar di negara ini.

“Sekarang, kita tunggu sahaja apa undang-undang baru yang nak gantikan ISA. Jika mahu beri kebebasan kepada akhbar, lakukan terus dan jangan tunggu lagi,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Bangunan Pas kawasan Maran di sini, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia Khamis lalu menyatakan antara komitmen kerajaan ialah akan memansuhkan pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Selain itu, beliau juga mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), satu perisytiharan mengejutkan banyak pihak yang tidak sama sekali menyangka kerajaan akan ‘berani’ mengambil tindakan demikian.

Dalam ucapannya, Mat Sabu turut mendakwa kerajaan cuba menonjolkan isu komunis bagi meraih undi penduduk luar bandar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana Barisan Nasional (BN) tidak lagi mendapat sokongan.

Menurutnya, keputusan PRU lalu membuktikan bahawa kemenangan BN diperoleh daripada pengundi luar bandar yang secara umumnya masih bergantung kepada media pro-kerajaan untuk mendapatkan maklumat tentang isu semasa.

Menurutnya, isu komunis digunakan BN bagi membangkitkan kemarahan dan rasa benci orang ramai terutama orang Melayu terhadap Pas.

Mat Sabu yang pernah ditahan sebanyak dua kali bawah ISA berkata, kenyataan beliau dalam ceramah di Pulau Pinang mengenai isu tersebut disalahertikan kerana Pas tidak menghina sesiapa termasuk pasukan polis dan bekas tentera.SinarHarian

Ulasan

Catatan Minggu lepas popular

Menjadi Hamba Seks, Jutawan Kosmetik Jadi Tumpuan Ramai

Biodata Hanni Borhan jutawan kosmetik Jamu Susuk Dara dijadikan hamba seks oleh suami. Facebook Dato Seri Hanni Borhan mengemparkan ramai pengguna laman sosial apabila beliau meluahkan masalah rumah tangga kepada umum. Menerusi luahannya dilaman sosial, Hanni Borhan kecewa dengan sikap suaminya yang hanya menjadikan beliau sebagai hamba seks dan juga tempat pengeluaran duit seperti mesin ATM. Lebih teruk lagi, suami Hanni Borhan yang dikenali sebagai remi turut terjerumus ke dalam penagihan dadah. Kisah perit Hanni Borhan kini mendapat perhatian dan sokongan moral oleh ramai pembaca yang mengikuti perkembangannya dilaman sosial.


Biodata Hanni Borhan Jutawan Dijadikan Hamba Seks Suami

Nama Penuh: Hanni Binti Borhan

Umur: 27 Tahun

Asal: Klang Selangor

Pekerjaan: Ahli perniagaan dan pengasas produk Jamu Susuk Dara (JSD)

Nama Suami: Remi

Gelaran Pangkat: Dato Seri

Tahun Perkahwinan: 23 November 2012

Bilangan anak: 3 orang

Facebook: https://www.facebook.com/borhan.hanni

Produk Hanni Borhan Pengasas …

Dari penjual burger, kini miliki kilang sendiri

Mohd Izzuddin dan isteri bersama produk patty burger keluaran mereka KIRA-kira 20 tahun lalu, dia hanya seorang peniaga burger di sebuah gerai di tepi jalan berhampiran sebuah kolej di Taman Gelora, Kuantan, Pahang.
Baginya, perniagaan gerai burger yang diusahakan ketika itu lebih daripada sebagai sumber pendapatan kerana dia turut mencari pengalaman berdepan selok-belok perniagaan demi mencapai wawasan masa depannya untuk bergelar seorang usahawan. Kini Mohd Izzuddin Mohamed, 41, berada di landasan tepat dalam merangka arah tuju wawasannya itu apabila dia berjaya mengembangkan perniagaan daripada peniaga burger biasa kepada perniagaan francais jenamanya sendiri, Akie Burger, di bawah Program Pra Francais Perbadanan Nasional Berhad (PNB).
Dia yang berpandangan jauh ke depan dalam perniagaan pada mulanya membuka beberapa gerai burger di sekitar Kuantan yang diuruskan sendiri pada 2009 sebelum mengambil keputusan membuat sendiri patty burger untuk kegunaan gerainya. Ketika itu dia hany…

KOLEKSI LAGU RAYA DI BLOG TONE AMRI

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Perniagaan Online vs Perniagaan Offline

Terdapat 2 model perniagaan pada masa kini yang disebut sebagai perniagaan online (atas talian) dan perniagaan offline (membuka kedai). Seiring dengan perkembangan teknologi internet, semakin ramai
yang mula berjinak-jinak dengan perniagaan online sama ada secara serius juga secara sambilan. Perbandingan perniagaan online vs perniagaan offline yang dibuat menunjukkan perniagaan online mempunyai kelebihan yang menjadi pilihan ramai perniaga. Ada di antara mereka yang sudah bergelar jutawan. Kelebihan bisnes online berbanding offline ialah: 1. Waktu bisnes
Bisnes online: waktu perniagaan 24 jam seminggu Bisnes offline: waktu perniagaan terhad. 2. Kos overhead
Bisnes online: Anda hanya perlu ada laptop dan sambungan internet. Daftarkan domain & webhosting berharga dalam lingkungan RM200 – RM250 SETAHUN.Namun jika anda seorang yang memang bermodal ciput, ada penyedia webhosting yang menawarkan webhosting percuma atau gunakan saja blog percuma sebagai kedai’ maya anda. Bisnes offline: ko…

Catatan popular daripada blog ini

Ceramah Anwar Ibrahim Di Gopeng (Video)

Ceramah terbaru Anwar : KlikSINI

Dato' Omar Abu Bakar - Saya Terlibat Dalam Perancangan Fitnah Liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim (video panas!!)

[Klik Start Jika Nak Dengar Radio] Eksklusif Bersama Radio CiliFM Buat Permintaan Lagu Klik SINI

Ceramah Terkini!!! Mat Sabu (video)

Mat Sabu: Buat Perubahan Besar Kita Ambil Ahli Putrajaya