Berita Bolasepak Piala Malaysia..!!

Masih terlalu awal

TERENGGANU, enggan mendabik dada, meskipun diramal pasukan pilihan melangkah ke peringkat akhir Piala Malaysia bersama Kelantan.

Bagi jurulatihnya Irfan Bakti Abu Salim, dengan saingan yang memasuki perlawanan ketiga, masih terlalu awal buatnya untuk membincangkan hal tersebut.

“Tumpuan sekarang adalah perlawanan menentang Negeri Sembilan, Selasa ini selain memenangi perlawanan terakhir peringkat kumpulan,” katanya.

Juara Piala FA dan naib juara Liga Super, Terengganu sudah bersiap sedia untuk bertemu pasukan Negeri Sembilan dalam Kumpulan D, menjelang perlawanan ketiga peringkat kumpulan malam esok.

Walaupun berada di tangga kedua, Irfan Bakti tetap komited untuk mengumpul mata untuk meneruskan langkah ke peringkat suku akhir.

“Kini, kami hanya menumpukan pada latihan seperti biasa dan lebih tertumpu pada memperbaiki kesilapan-kesilapan dilakukan pada perlawanan lepas memandangkan jarak masa perlawanan yang singkat,” katanya.

Kelmarin, Skuad Penyu yang berjaya menundukkan PKNS 3-2 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

“Satakat ini, kami berpuas hati dengan perlawanan yang lalu apabila berjaya merangkul mata penuh walaupun digasak dengan pemain PKNS.


Negeri Sembilan tetap waspada

WALAUPUN berada di tangga teratas peringkat Kumpulan B, saingan Piala Malaysia, Negeri Sembilan tetap mengambil langkah berhati-hati mengharungi perlawanan terutama ketika bertemu juara Piala FA dan naib juara Liga Super, Terengganu malam esok.

Skuad bimbingan Mohd Azraai Khor Abdullah, turut mengharapkan kehadiran pasangan kembar Mohd Zaquan Adha dan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yang semakin pulih dari kecederaan untuk mengukuhkan jentera pertahanan.

“Kita menjangkakan pemain-pemain yang mengalami kecederaan pada perlawanan lalu, akan menyertai pasukan pada perlawanan akan datang dan berharap dapat mengharungi perlawanan tersebut seperti sebelum ini,” katanya kepada :Sinar Harian:, semalam.

Skuad Hobin Jang Hobin mengukuhkan cengkaman untuk berada di tangga pertama peringkat Kumpulan B, apabila berjaya merangkul mata penuh, selepas membelasah Sime Darby FC 5-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, Sabtu lalu.

“Kemenangan ke atas Sime Darby merupakan satu permulaan siri pertama yang sangat baik dan saya bersyukur kerana pemain juga turut menunjukkan peningkatan terutama dari segi komitmen yang berjaya diterjemahkan dalam perlawanan tersebut.

“Pujian seharusnya diberikan kepada pemain yang berjaya mengimbangi perlawanan. Namun begitu, saya berharap, mereka tidak mudah berasa selesa memandangkan kami bakal bertemu dengan gergasi Pantai Timur pada perlawanan ketiga nanti,” katanya.SinarHarian

Ulasan