Isu neh simple jek. Tapi tah macam mana ada juga orang2 yang tak faham. Punca dia tak faham sebab dia ikuti topic neh separuh2. Bila dia ikut separuh2 jadi pemahaman dia pun jadilah separuh2. Bila dia dah faham separuh2 maka dia secara automatiknya mengambarkan diri dia berada dalam kekalutan yang amat. Ini bahaya beb.
Fahami point penting dulu.
Apa yang dsai bagitau wsj tue hah?
Dia cakap dia sokong penubuhan kerajaan israel jika hak palestine dihormati.
Apa yang bloggers umno marah sangat neh hah?
Sebab dsai cakap dia sokong penubuhan kerajaan israel. Dorang petik2 separuh2 walaupun dorang tahu isu sebenar tapi dorang tetap petik separuh2 dan dengan sengaja membiarkan diri sendiri rasa marah supaya orang lain pun boleh rasa marah sebagaimana dorang rasa walaupun dorang marah atas isu yang tidak tepat.
Dah tue kenapa ada orang2 dari pr marah juga hah?
Sebab dsai cakap dia sokong usul penyelesaian dua negara. Tiada kaitan dengan kenyataan dsai di wsj pun. Rata2 penyokong pr terima statement dsai di wsj tue dan menyalahkan utusan kaki spin walaupun aku sendiri berpendirian bahawa dsai memang banyak cakap. Lepak dulu. Nak marah aku pun biar baca sampai habis.
Laaa.. kan dah cakap utusan spin. Jadi nak salahkan dsai buat apa ngok?
Takde pun. Sapa pula salahkan dsai? Yang wujud ialah perbezaan pandangan dalam isu palestine sahaja. Jika dsai mahu sokong penyelesaian dua negara dia punya pasal lah. Aku takmo sokong. Pas takmo sokong. So neh aku dan pas punya pasal lah juga. Takde hal lah beb. Sepakat kita nak tumbangkan bn. Kita tak sepakat dalam isu penyelesaian dua negara. Terima sahaja dengan berlapang dada dalam soal neh. Tak payah nak paksa2 sesiapa pun untuk bersetuju apa yang ko setuju. Simple.
Dah tue.. kenapa pas suruh dsai tarik balik statement or saman wsj pula?
Sebab penjelasan di wsj tue memang putarbelit jika apa yang dsai edarkan di pc statement dia berkenaan isu tersebut adalah benar. Walaupun dsai dah jelaskan pendirian dia, wsj masih tetap menyiarkan artikel tersebut. Ada dia minta maaf? Takdak. Ada dia tarikbalik artikel? Takdak. Apa yang dia buat ialah terbitkan satu lagi artikel yang defend dsai. Ini lagi bermasalah. Jika wsj mengelirukan statement dsai korang pilih untuk tidak percaya jadi kenapa jika wsj menulis kebaikan tentang dsai kenapa pula korang kena percaya?
Kredibliti wsj tue sendiri dipertikaikan. Apatah lagi dia ada kaitan dengan israel. Mula2 dia siarkan kenyataan dsai separuh benar. Then dia siarkan kenyataan defend dsai. Orang2 yang anti dsai melihat wsj bekap dsai. WSJ = ISRAEL = BEKAP DSAI = itu apa? Sebab tue aku tidak sebarkan kenyataan wsj tue. Peranan persepsi sangat bahaya beb.
Lagi satu wsj = utusan versi english beb. Fikirlah darimana korang petik sumbernya. Sebab tue dsai jangan lah sesekali membiarkan diri dia didekati oleh media2 sebegini apatah lagi wsj lebih berperanan dengan mesra bn berbanding pr. Yang tue pun tak boleh nak agak permainan persepsi di sini. Peranan menerapkan persepsi neh antara kepakaran apco beb. Fahami lah yang neh.
Soal samada umno percaya atau tidak dengan wsj itu mereka punya pasal. Jangan kita bandingkan diri kita dengan mereka. Kita harus mencari role model yang baik untuk dibuat perbandingan. Bukan yang sebaliknya. Tolong lah faham.
Tapi lambat gile lah pas buat statement. Sekarang neh tak pasal2 seme orang hentam dsai.
Majlis syura neh lambat ada beberapa sebab. Antaranya kesibukkan, faktor tempat tinggal dan jadual yang berbeza2. Tolong faham. Dan pas tidak menghentam dsai dalam isu neh. Dsai berhak dan bebas sokong penyelesaian dua negara. Pas dah keluarkan statement bahawa pendirian dsai dalam isu palestine tidak semestinya sesuatu yang pas kena patuh. Dan dsai juga bebas berbuat demikian. Pendirian pas ke atas palestine juga bukan sesuatu yang dsai wajib patuh.
Kita muafakat dalam isu menumbangkan bn tetapi tidak dalam isu palestine. Dalam isu palestine kita tak rujuk pun pbb ka, dasar luar malaysia ka apa ka. Dsai nak rujuk dia punya pasal. PAS memilih pendirian yang lain dan tolong hormat.
Penyelesaian dua negara bagus. Elakkan perang. Apahal ko dan pas bengap sangat sokong peperangan arh?
Ko jangan cakap mewakili dasar luar malaysia = menteri bn boleh tak? Dasar luar malaysia walaupun ia sama dengan pendirian dsai ia tetap ada kaitan dengan bien. Sedikit sebanyak lafaz hujah ko tue membenarkan pendirian bn ke atas palestine. Jadi aku nasihatkan ko jangan bercakap bagi pihak bien.
Dsai pula berbeza. Dia memilih untuk berbincang dengan alim ulama pas dalam isu tersebut. Jika dsai tak kecoh aku cadangkan korang semua juga jangan kecoh. Dsai dari awal lagi diam je bila pas mengutarakan perbezaan pendapat dalam isu neh. Yang lebih2 tue korang. Apatah lagi dalam pada kita salurkan perbezaan kita tetap menghormati pendirian dsai dalam isu neh. Takde masalah pun.. Sapa yang cipta masalah? Tah. Golongan pentaksub kot.
Tapi masalah nya orang tak melihat ia sebagai perbezaan pendapat pun..
Jangan pandai2 nak heret orang lah weh. Sendiri pun tak faham gak. Kalau faham takde lah merapu congceng kat wall2 pembangkang atas isu neh. Sepatutnya pergi kat wall bn dan jelaskan ini cuma perbezaan pendapat sahaja. Yang semak nak kecoh sangat napa?
Salah ke sangat ke mengiktirafkan penubuhan negara israel jika palestine diberikan hak2 mereka?
Salah jika dibaca dari konteks pemahaman korang, dsai, pbb dan dasar luar malaysia. Ia hanya akan benar jika hamas sendiri yang mengusulkan idea bagaimana perundingan aman neh harus berlaku. After all yang menderita disini hamas dan rakyat palestine. Siapa pula kita yang nak tetapkan itu neh? Yang tukang derita lah patut diberikan hak untuk menetapkan itu neh.
Penyelesaian dua negara ialah wayang barat yang dibelakangnya israel. So ia tetap salah dipandang dari apa jua sudut sekalipun. Liga arab bukan penentu pun kat sini. Keputusan akhir milik hamas. Jika hamas mahu, kita juga akan sokong hamas. Pendirian kita simple. Kita sokong hamas dalam setiap pendirian yang mereka amek. Simple.
Alah gadoh lah korang bagai ribut. Macam lah hamas nak ikut cakap korang.. tah hapa2..
Tahu takpe. Kita bergaduh atas isu neh hanya buang masa sahaja. Dsai dan pas sama2 berhak menyatakan pendirian masing2 sebab mereka neh ikon politik. Pendirian mereka neh akan dipetik dan disebarkan oleh orang sebagai berita yang boleh menjadi penanda aras bagi menerbitkan satu2 pemberitaan dan hujah antarabangsa.
Dalam erti kata lain pendirian mereka akan menetapkan mereka berada dalam satu2 kelompok dan posisi. Sebab tue pas kena keluarkan pendirian dia sendiri. Faham sket. Berkenaan isu penubuhan negara israel dan penyelesaian dua negara neh, kita hanya mampu beri pandangan tapi tukang buat keputusan bukan di tangan kita.
Sebab tue kita tak perlu bergadoh bagai nak rak atas isu neh. Itu seme urusan hamas dan palestine yang mencorakkan apa yang mereka mahukan. Kita hanya boleh beri pandangan tapi bukan tetapkan keputusan. Jika hamas tidak mahu penyelesaian dua negara, siapalah dsai nak paksa2 dia kan? So lantakkan lah disitu.
Dasar dan pendirian dsai dalam isu neh sebenarnya takde apa2 effect pun pada hamas sebab hamas bukan nya patung yang akan menuruti kehendak dsai pun. Dsai sokong tak sokong tue takde isu. Yang penting malaysia yang ditadbir oleh bn itu sendiri yang berperanan lebih luas dari dsai. Yang dia pun sibuk sokong penubuhan negara israel buat apa? Itu yang korang kena kecohkan.
Lagisatu jangan ingat jika pr amek alih negara hari neh esok automatik kita tukar dasar luar negara terhadap malaysia. Sila simpan. Ko ingat pr doraemon ke apa? Daripada sibuk pasal negara orang, elok kita perbaik negara sendiri dulu. Dasar2 seperti neh akan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.
Tak payah nak semak sangat bergadoh atas isu neh lah weh. Ko suka strawberi aku suka coklat so apahal pula salah? Janji dua2nya makanan halal. Takde hal lah pun. Selalu jek nak berat2 fikir dalam isu simple. Aduhai.
Nota : PAS tidak memaksa dsai berpendirian sepertimana pas. SIla baca sini untuk info lanjut. Dsai bebas miliki pandangan tersendiri dalam isu neh.
Ameno : Ingatkan umno jek apa pun tak boleh.. muahahah..
Salam Tuan,
BalasPadamAku rasa satu artikel yang penuh dengan idea yang bernas, boleh diterima oleh orang yang mcm aku ni yang xberapa nk faham apa yang UMporNo kalutkan sgt ni. Kita dok gadoh bagai nak rak, palestin xaman2 gak. Malaysia lak sokong dasar keterbukaan kepada Negara Haram Israel...