Panas!!!!!! Pemuda Pas buat laporan terhadap Hasan Ali

Wartawan Sinar Harian
11 Februari 2012
KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini membuat satu laporan polis terhadap Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ekoran kenyataan bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu, yang didakwa boleh mencetuskan suasana tegang dan mengancam keselamatan negara.

Laporan polis itu merujuk kepada kenyataan Hasan ketika berceramah di Bandar Baru Bangi, 31 Januari lalu.

Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, ucapan itu sangat bahaya dan boleh mengundang ketidakharmonian antara kaum.

"Ia juga satu kenyataan berniat jahat yang cuba menghasut masyarakat membenci Pas serta parti komponen lain dalam Pakatan Rakyat," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Hasan dilaporkan berkata bahawa apabila Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih tampuk kuasa Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan sebuah negara republik. Pemuda Pas juga mendakwa Hasan berkata DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara kita.

Hasan dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu.

Raja Ahmad membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi tadi.

"Kalau ia tidak benar, dia (Hasan) kena nafikanlah, namun sehingga hari ini belum ada sebarang penafian dari beliau.

"Jadi untuk permulaan kita serah kepada pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan kita telah bersedia untuk mengambil tindakan lanjut selepas itu," kata Raja Ahmad dipetik organ Pas./SinarHarian

Ulasan

  1. Hassan Ali ni memang nak mampos....Baik2 duduk kat PR sampai jadi Xco tunjuk lagak nak jadi MB Selangor...Sedarlah sikit kat mana kekuatan hang tu.....Buat kenyataan macam tak ada otak dan sebiji macam otak UMNO/APCO...Masuklah UMNO kan senang boleh jadi calon kalau tak pun jadi pencacai cukuplah......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..