Langkau ke kandungan utama

Pas desak Hasan letak jawatan Adun


Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.
 
Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.
 
“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.
 
“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.
 
Semalam akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan se­ca­ra autokratik dan tidak de­mokratik.
 
Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.
 
Mengulas tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu dimaksudkan.
 
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.
 
“Kenapa beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau pegang jawatan berkenaan," katanya./SinarHarian

Ulasan

  1. Weiiii Hassan PHD
    Pergi sana sini kutuk pemimpin2 lama PAS ... dah tak malu ke muka tu??
    Kalau kau betul2 pejuang Islam...maka..dgn hati yang ikhlas kau KENA KOSONGKAN KERUSI PAS yg kau kutuk sekarang ni.
    Kau kena ikhlas MENANGGALKAN TITLE YB kau tu kerana yang memenangkan kau itu hari adalah penyokong2 PAS, PKR dan DAP yang kau cerca sekarang ni

    Jangan cakap dimulut sahaja kata KAU PEJUANG ISLAM....tapi...dihati tak sanggup nak kosongkan dan tinggal title YB yang diperolihi dpd kami.

    AKU CABAR HASSAN ALI KOSONG KAN KERUSI PAS SEKARANG INI??????

    BalasPadam

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..