Cari Data Anda Nak

Pelawat Sejak Mac 2009

Rabu, 1 Februari 2012

Jangan salah guna dana KWSP pekerja


Meskipun menyokong inisiatif kerajaan menyediakan skim perumahan kos rendah dan mampu dimiliki untuk rakyat, DAP memberi amaran berhubung penggunaan dana daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi projek berkenaan.

dap graftbuster pc 230409 tony pua"Program tersebut tidak perlu dibiayai oleh KWSP. Ini kerana misi KWSP adalah untuk menjamin 11 juta warga kerja Malaysia mempunyai wang hasil titik peluh mereka selepas bersara. Tugas KWSP memaksimumkan pulangan dengan pelaburan yang paling rendah risikonya," kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Pua, peranan utama KWSP adalah memastikan jaminan kewangan kepada pekerja selepas mereka bersara.

"Kami menyeru kerajaan untuk mencari sumber dana sendiri untuk program perumahan dan tidak menyalurkan dana KWSP ke skim kebajikan masyarakat," katanya.

Isnin lalu, akhbar The Sun melaporkan bahawa dana KWSP sebanyak RM1.5 bilion akan disalurkan untuk "skim pembiayaan mudah" bagi penjualan rumah-rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis  Tindakan Ekonomi Negara dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)./MalaysiaKini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ulaslah Yang Terbaik..

Post Paling Popular

Post 7 Hari Popular

Followers

Senarai Blog Bisnes

Arkib Blog