JELI, 9 Feb: “RM600 juta sudah diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air.
“Duit sebanyak ini kalau kita buat pinjaman di bank akan dikenakan kadar faedah sehingga tujuh peratus, tetapi mereka dapat percuma namun tiada hasil yang kita lihat,” petikan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed seperti disiar beberapa akhbar 5 Febuari lalu.
Ekoran penyiaran dakwaan itu Pengurus Besar Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB), Ir Hanapi Mahmud menjelaskan kenyataan menteri terbabit tidak berasas sama sekali.
Malah katanya, sebanyak RM12 juta telah dibayar pada 2008 daripada lebih RM500 juta pinjaman yang dilulus kerajaan pusat pada 2001.
Penjelasan itu dimuatkan Harakahdaily dan Harakah dengan menyifatkan Mustapa secara terang-terangan membohongi rakyat Kelantan.
Namun dua hari kemudian Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan mendakwa kenyataannya diputar belit Harakah sambil menjelaskan beliau tidak kata RM600 juta itu percuma.
Biar apa pun usaha Mustapa cuba menegak benang basah, namun kenyataan awalnya sudah tersebar luas dalam media baru sehingga membangkit kemarahan rakyat.
Dan petang semalam seorang pemuda, Abdullah Hasyim Abdullah, 22 dari Kampung Layat dekat sini membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Jeli di atas kenyataan tersebut.
Beliau berkata, akhbar tempatan pada Ahad lalu secara jelas melaporkan kenyataan menteri terbabit dengan menyebut, RM600 juta diberi kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz secara percuma tetapi sampai ke hari ini mereka gagal menyelesaikan masalah air.
“Setahu saya RM600 juta tersebut merupakan pinjaman kerajaan pusat kepada kerajaan Kelantan dan bukannya pemberian percuma sebagaimana dakwaan Datuk Mustapa.
“Oleh yang demikian saya mohon pihak polis menyiasat dakwaan tersebut kerana ia terdapat unsur penipuan serta memburukkan nama kerajaan negeri,” katanya dalam laporan tersebut.
Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Jeli, Khairul Anwar Ismail berkata, pihaknya mengutuk keras kenyataan Mustapa yang cuba mengelirukan rakyat Kelantan berhubung pinjaman RM600 juta.
“Ini suatu pembohongan bertujuan menggugat kredibiliti kerajaan negeri menjelang PRU-13,” ujarnya./HarakahDaily

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..