Isu Israel: PAS kecam kerajaan bermuka-muka

PAS hari ini mengecam tindakan kerajaan yang didakwa bermuka-muka dalam isu Israel apabila didakwa terus membenarkan hubungan niaga dengan negara Yahudi itu.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man"PAS mengecam tindakan bermuka-muka kerajaan BN yang diterajui yang berterusan berurusniaga atau menjalin apa saja hubungan dengan rejim Israel, ketika mana rakyat di Palestin terus dibunuh dan ditekan," kata Ketua Penerangan DatukTuan Ibrahim Tuan Man (kiri).

JINGGA 13 Isnin lalu mendedahkan dokumen Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, yang mendakwa kapal dikuasai Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Dalam kenyataanya hari ini, Tuan Ibrahim berkata, pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin bertujuan memberi ruang penjelasan kepada ketua pembangkang berhubung kenyataannya tentang Israel.

Beliau - pihak ketiga dalam pertemuan pemimpin tertinggi PAS-PKR - itu juga sekali lagi menegaskan pendirian parti Islam itu yang tetap bersama rakyat Palestin bagi mendapatkan balik hak negara yang dirampas Israel.

azlan"Keselamatan rakyat Palestin tetap menjadi agenda utama, kerana nyawa, harta dan tanah air mereka terus diganyang oleh Israel. Justeru semua pihak perlu memberi jaminan keselamatan kepada rakyat Palestin dari kebiadaban rejim Israel," katanya.

Justeru, tegasnya, perancangan berhubung masa depan Palestin hendaklah mengambil kira pendirian kumpulan Hamas yang menerima mandat rakyat negara itu, sekali gus menolak peta jalan (road map) kuasa Barat.

"Maka PAS bersama darah, air mata dan derita rakyat di Palestin bagi memperjuangkan sebuah negara merdeka," katanya lagi.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir kelmarin mengulangi kenyataan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel./MalaysiaKini

Ulasan