Hakikat, umum mengetahui, khazanah  dan kekayaan rakyat Sarawak terus dibolot oleh pemimpin-pemimpin Barisan  Nasional dan parti komponen yang mewarisinya secara turun temurun dari  Umno.
Demikian pandangan Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Sarawak,  Baru Bian kepada Tv Selangor yang mengulas tentang keadaan di Sarawak  ketika negeri itu bakal
menempuh pilihanraya negeri yang ke-10 bulan depan.
"  Ya benar, Taib boleh halang Umno dari masuk ke Sarawak. Tapi faedahnya  untuk siapa? Siapa yang mendapat keuntungan? Untuk dia sendiri. Itu  isunya,"kata Baru.
Baru berkata demikian dalam rancangan Terus Terang di Tv Selangor.
Beliau  ditanya pengacara rancangan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang juga pensyarah  undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, apakah perbezaan amalan  autonomi
yang akan dibawakan oleh Pakatan Rakyat jika mentadbir Sarawak.
"  Auntonomi bagi kita, ialah mementingkan rakyat di Sarawak. Ini terletak  dalam konsep perjanjian 1963. Kalau bukan Umno,Parti Pesaka Bumiputera  Bersatu (PBB) yang akan makan harta rakyat. Ini bukan isu Umno masuk ke  Sarawak, adakah pentadbiran Barisan Nasioanal sekarang ini mementingkan  atau mengutamakan isu rakyat," soal Baru.
Empat parti komponen  Barisan Nasional Sarawak ialah PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP),  Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif
Sarawak (SPDP).
Taib  yang juga Pengerusi BN Sarawak sememangnya terkenal dengan jolokan  pemimpin yang hebat mengaut keuntungan negeri demi memenuhkan kantung  keluarga dan kroninya.
Bukan hanya didakwa merampas tanah adat  (NCR) di negeri itu, Taib dan keluarganya juga didakwa mempunyai empayar  perniagaan antarabangsa, termasuk memiliki hotel mewah di Australia dan  hartanah komersial di tapak utama di Kanada melalui cara yang  disangsikan.
Menurut Baru, inilah masa yang dinantikan oleh rakyat di Sarawak yang sekian lama dahagakan perubahan.
Jika dulu katanya, rakyat Sarawak mungkin naif untuk menilai tipu helah Taib, namun kini semuanya sudah berubah.
Isu NCR misalnya begitu berbekas di hati rakyat Sarawak yang rasa tertindas di bawah pentadbiran kuku besi Taib.
"  Bila mereka lihat dengan mata mereka sendiri, kuasanya telah diceroboh  oleh orang luar, oleh syarikat, baru mereka percaya.Maksud saya di sini,  banyak sudah yang dilihat oleh orang asal di sini, kerana itu saya  percaya, mesej yang kita sampaikan ini adalah benar-benar dasar  pemerintah boleh dipercayai. Isunya bagi saya ialah, bolehkah kita  meyakinkan minda atau mentaliti masyarakat?,"katanya lagi. TVSNEWS
SHAH ALAM 25 MAC :  Ketidakwujudan parti Umno di Sarawak tidak bermaksud amalan biasa oleh  parti itu tidak menular ke Bumi Kenyalang seperti isu-isu penyelewengan,  rasuah dan skandal moral.
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..