Tsunami Jepun : 200 - 300 Mayat Ditemui


JEPUN 12 MAC : Pihak berkuasa melaporkan sekitar 200 sehingga 300 mayat ditemui di Sendai selepas tsunami melanda negara itu akibat gegaran gempa bumi kuat pada 8.9 skala richter berlaku pada 2.46 petang.

Setakat ini 137 disahkan terbunuh manakala 531 hilang dan 627 cedera.

Angka korban dijangka terus meningkat pada masa yang sama pihak keselamatan sedang bertungkus lumus dalam gerakan mencari dan menyelamat.


JEPUN 11 MAC : Setakat ini seramai 32 orang dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun. Namun angka ini dijangka akan meningkat kerana usaha mencari dan menyelamat masih berjalan.

Dalam kejadian pada kira-kira 2.46 petang tadi waktu Jepun, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 skala richter menggegarkan negara itu sementara lebih 50 buah negara mengeluarkan amaran tsunami sebagai langkah berjaga-jaga.

Tsunami juga dijangka akan sampai ke New Zealand, Filiphina, Indonesia, Papua New Guinea, Hawaii dan beberapa negara lain.

Mengikut laporan Agensi Atom Antarabangsa, dua buah rektor nuklear di negara itu dihentikan operasinya serta merta berikutan gempa kuat itu.

Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen NHK.


Jumlah kerosakan sedang dinilai manakala tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi.


Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Reuters melaporkan tsunami setinggi 10 meter membadai pelabuhan Sendai dengan ombak terus merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan apa-apa sahaja di laluannya.


Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kebakaran dan tanah runtuh. Pusat penapisan di Chiba berhampiran Tokyo juga dilaporkan sedang terbakar.

tsumani.map.jpg

TVSNEWS


Ulasan