Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Azlan Zainol, berkata dalam tahun yang baik, KSWP mungkin mengisytiharkan dividen seperti tahun lalu iaitu 5.8 peratus.
Azlan berkata, pelaburan KWSP di luar negara semasa tempoh mencabar ini adalah selamat.
"Bagi sudut positif, kami mungkin mendapat peluang untuk membeli atau menjual semasa keadaan tidak menentu pasaran sekarang, bagi asas terpilih," katanya.
Mengenai pelaburannya di Jepun berikutan bencana gempa bumi, Azlan berkata: "Tidak banyak (kesan). Kami melabur sedikit dalam Tokyo Stock Exchange, kurang daripada 0.1 peratus."
Beliau berkata, KWSP sedang berbincang dengan kerajaan untuk memuktamadkan terma perjanjian bagi pembangunan tanah Institut Penyelidikan Getah seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh.
"Kami berharap dapat memuktamadkannya sebelum akhir tahun," katanya.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..