Sesi Panas Dijangka Pada Sidang Dewan Rakyat


KUALA LUMPUR 7 MAC : Selepas berlaku kekecohan pada hari terakhir persidangan Dewan Rakyat Disember lepas yang menyaksikan empat anggota Parlimen Pakatan Rakyat digantung kehadirannya, sesi Dewan Rakyat ini mungkin hangat.

Pertikaman lidah antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengenai beberapa isu dijangka berterusan selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merasmikan mesyuarat sesi keempat Parlimen ke-12 hari ini.

Dengan pilihan raya umum menjelang tiba, Dewan Rakyat adalah satu forum di mana Pakatan Rakyat menggunakan, malahan tanpa keempat-empat anggota Parlimen yang digantung selama enam bulan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang), Azmin Ali (PKR-Gombak), R.Sivarasa (PKR-Subang) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Satu isu yang akan dibahaskan pada sesi Dewan Rakyat sebulan ini ialah keputusan kerajaan membeli enam buah Kapal Tempur Pesisir dengan harga RM6 bilion, di mana Pakatan Rakyat mendakwa harganya terlalu tinggi.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjanji untuk menjawab sepenuhnya dakwaan itu.

Isu lain yang akan dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat ialah pengagihan ekuiti Bumiputera, dengan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mendesak agar mengumumkan penerima-penerima saham yang diperuntukkan berjumlah RM1.5 bilion pada tahun lepas.

Saifuddin, anggota Parlimen PKR Machang berkata beliau akan membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban pengagihan skim itu.

Novel Interlok untuk pelajar tingkatan lima adalah satu lagi isu yang dijangka hangat pada sesi ini sungguhpun kerajaan telah mengatakan bahawa ahagian-bahagian yang dianggap oleh masyarakat India sensitif akan dipinda.

Dua rang undang-undang utama akan dibentangkan, satu untuk menyelaras dan menentukan gaji minimum untuk pekerja sektor swasta dan satu lagi untuk memperluaskan "penerbitan" untuk memasukkan kandungan multimedia.

Pakatan Rakyat kini berjumlah 76 di Dewan Rakyat selepas anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

Dengan empat anggota digantung, Pakatan Rakyat akan hanya mempunyai 72 wakil pada sesi Dewan Rakyat ini. Tetapi jumlah berkurangan itu tidak akan melenyapkan suara-suara mereka memandangkan pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi.TVSNEWS


Ulasan