IPOH 12 MAC : Cadangan Presiden MIC Datuk G Palanivel supaya masyarakat India yang berpendapatan RM 500 agar kembali semula ke estet mendapat tentangan dari pemimpin Pakatan Rakyat.
Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran menyatakan cadangan yang diberikan adalah cadangan sementara yang tak masuk akal kerana tidak mengambil kira pergerakan rakyat untuk berpindah randah.
"Dia membuat kenyataan atas pendirian apa pun saya tak faham bahawa masyarakat sekarang di estet mendapat pendapatan sebanyak sekurang kurangnya RM 1500 seorang dan ada kemudahan rumah, air, elektrik dan pelbagai kemudahan yang lain. Beliau berkata itu adalah cadangan sementara waktu. Apa yang dicadangkan oleh Palanivel itu tidak boleh diterima," katanya.
Ahad lalu, Palanivel yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu menerima kritikan pelbagai pihak dalam masyarakat India, termasuk Ketua Pemuda MIC T Mohan.
Palanivel berkata cadangan beliau itu ditujukan kepada mereka yang termasuk dalam golongan tersebut, khususnya mereka yang tinggal berhampiran ladang milik syarikat berkaitan kerajaan seperti Sime Darby.
Katanya pada musim tuaian dan menoreh yang baik, pasangan suami isteri yang bekerja mampu meraih pendapatan sekitar RM1,500 atau lebih.
Justeru Kulasegaran mahu perkara ini juga akan dibangkitkan beliau pada sidang parlimen akan datang di mana beliau juga akan memperlihatkan sepuluh lagi persoalan di parlimen akan datang seperti ketidak adilan dalam pemberian bantuan kewangan, statistik masyarakat miskin yang masih banyak di Malaysia, jenayah yang semakin tinggi,dan isu ramai masyarakat yang masih tidak mempunyai sijil kelahiranr
Selain itu perkara yang akan dibangkitkan juga berkaitan mengapa indeks dan statistik yang diberikan kerajaan selalunya tidak tepat dan melambangkan Kerajaan Persekutuan dilihat tidak adil dan telus dalam merangka gaji permulaan di sektor kerajaan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungkai A Sivanesan turut membidas kenyataan tidak bertanggunjawab Palanivel itu.
"Palanivel dalam tempoh semunggu membuat dua kenyataan dalam isu sama. Pertama, dia minta India di bandar jika pendapatan kuran RM 500 dinasihatikan balik ke estet dan mereka boleh dapat rumah, air dan elektrik percuma dan kedua, dia kata pekerja ester menikmati gaji minimum RM 700 sebulan, ini tidak benar," ujar Siva.TVSNEWS
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..