Katanya, pendedahan Rewcastle adalah “kemungkinan jenayah alam sekitar terbesar zaman ini” dan meluahkan sokongan ke atas usahanya mengendalikan laman blog Sarawak Report dan Radio Free Sarawak yang berpangkalan di London.
Artikel Brown dikeluarkan dua hari selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan Radio Free Sarawak, yang disiarkan melalui gelombang pendek sedang disiasat.
Artikel itu bermula dengan pengenalan Rewcastle dan kaitannya dengan Sarawak - ia menceritakan wanita itu menghabiskan lapan tahun pertama persekolahannya di negeri itu sebelum berpindah ke IK bagi memulakan kerjaya kewartawanannya.
"Selepas ucapannya, beliau dikerumuni oleh wartawan tempatan dan juga orang ramai yang merayu bantuannya bagi mendedahkan kepada dunia berhubung apa yang berlaku di negara mereka.
"Beliau sedar penebangan balak secara besar-besaran berlaku di Sarawak - negeri itu kehilangan satu batu persegi hutannya setiap hari. Beliau tahun kadar penebangan balak itu adalah antara yang paling laju dan terburuk di dunia,” kata Brown.MalaysiaKini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..