Gelombang jingga tawan Tuaran

Antara ahli parti dan penduduk tempatan yang menyertai Temu Rapat KEADILAN Tuaran

Ratusan manusia yang lengkap berpakaian jingga mencetuskan fenomena baru dalam daerah Tuaran anjuran KEADILAN di cabang berkenaan.

Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Natassia Sarah Mohd Danny berkata, pemakaian itu sebagai satu kaedah menyemarakkan program parti menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Program ini, kita namakan Temu Rapat PRU 13. Antara aktivitinya ialah pemakaian jingga di kalangan hadirin, pendaftaran pengundi baru, penyerahan Buku Jingga dan ucap tama Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Ansari Abdullah,” katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa AMK Tuaran.

Dr Natassia berharap program seumpama itu mampu membantu rakyat Sabah lebih memahami perjuangan KEADILAN, sekaligus mendapat maklumat lebih jelas dari pimpinan parti.

Program itu berlangsung pada 5 hingga 6 Mac itu menarik minat kira-kira 300 ahli parti, selain ratusan rakyat pelbagai kaum di negeri itu.KeadilanDaily


Ulasan