Anak bantah lantik Isa
BENTONG – Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Moh Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru berkuat kuasa 1 Januari ini.
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, Moh Isa disifatkan tidak layak untuk menerajui masa depan hampir dua juta peneroka menerusi organisasi itu kerana terlibat dengan pelbagai masalah terutama politik wang.
Menurutnya, Anak mempertikaikan mengapa individu yang sudah disabitkan bersalah atas 5 pertuduhan daripada 9 pertuduhan rasuah dan digantung keahlian dari parti UMNO dipilih menerajui institusi itu.:
“Masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada individu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.
“Apa yang perlu dipersoalkan juga ialah mengapa kerajaan Datuk Seri Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik,” katanya.
Beliau berkata, kepimpinan Felda perlu diterajui individu seperti Tan Sri Raja Alias yang membawa Felda ke puncak kegemilangan.
Menurutnya, mengapa kerajaan tidak memilih tokoh-tokoh daripada anak Felda menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh yang berjaya dalam kalangan anak Felda.
”Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akademik yang lahir daripada anak peneroka tetapi mereka ini tidak diketengahkan kerana organisasi Felda lebih layak diterajui oleh mereka yang bergelar anak peneroka.
Mazlan berkata, pihaknya menyeru para peneroka seluruh negara menerusi pelbagai pertubuhan termasuk belia untuk menyatakan bantahan besar-besaran atas pelantikan Mohd Isa ini sebelum 1 Januari 2011 kerana isu ini bukan atas dasar politik tetapi soal maruah dan masa depan peneroka di negara ini.
Menurutnya, sekiranya kerajaan tidak mengambil kira bantahan itu, pihaknya akan akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum seberapa banyak tandatangan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri supaya pelantikan ditarik balik.SinarHarian

Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..