Pakatan akan buktikan ia lebih baik daripada UmnoBN


Konvensyen Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini akan cuba membuktikan kepada rakyat bahawa gabungan parti pembangkang itu adalah alternatif yang lebih baik daripada BN, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat Mujahid Yusof.

NONEMenurut Mujahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa penganjuran konvensyen itu, persidangan yang bertemakan "Ubah Sekarang" antara lain akan membincangkan mengenai isu dan membentuk pandangan Pakatan berhubung isu Melayu, federalisme, dan keadilan dalam pengagihan ekonomi rakyat.

Katanya perkara berkenaan akan dibincangkan oleh ketiga-tiga presiden parti - PAS, DAP dan PKR - dalam konvensyen sehari di Dewan Millenium, Kepala Batas.

"Ia merupakan peluang kepada Pakatan untuk menunjukkan bahawa kita lebih baik daripada BN. Tujuan utama kita, sekiranya Pakatan berkuasa, kita akan cuba meningkatkan pendapatan isi rumah kepada RM4,000 berbanding RM3,500 sekarang ini," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.

penang pakatan convention 211110 03Mujahid - yang merupakan anak bongsu bekas presiden PAS Yusof Rawa, berkata yang penting dalam konvensyen itu ialah Pakatan akan membincangkan konsep ketuanan Melayu dan isu yang berkaitan dengannya.

Katanya, Pakatan juga mahu memperkasakan Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan tanpa mengganggu hak kaum yang lain.

"Definisi tersebut berlainan daripada konsep "ketuanan Melayu" seperti mana yang tersebar luas. Tambahan pula, kita berharap konsep Pakatan tentang federalisme, di mana kekayaan negara dapat diagihkan dengan adil, dapat menarik minat rakyat (bersama Pakatan)," katanya.

azlan"Rakyat Sabah dan Sarawak pastinya mengenal diri mereka dengan objektif, kami ingin meningkatkan pendapatan isi rumah. Pandangan kami mengenai federalisme bakal menjadikan Pakatan sebagai alternatif kepada rakyat," katanya yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

Konvensyen kali kedua - selepas berlangsung kali pertama di Selangor yang mana ia membincangkan rangka polisi umum bagaimana ketiga-tiga parti itu dapat berkerjasama.

penang pakatan convention 211110 audience 02Kira-kira 1,800 perwakilan - 600 peserta dari setiap parti - bakal bersidang hujung minggu ini. Selain itu, orang ramai juga akan berpeluang melihat pameran mengenai pencapaian dan kejayaan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat temasuk Perak dan Terengganu pada 1999. MalaysiaKini

Ulasan