SHAH ALAM 23 DIS : Selepas lebih dua tahun mentadbir Selangor, Pakatan Rakyat dijangka berjaya mempertahankan Selangor jika Pilihanraya Umum diadakan sekarang, menurut tinjauan terbaru Merdeka Center.
Kira-kira 57 peratus dari 1,214 responden percaya hala tuju pentadbiran Selangor oleh Pakatan Rakyat adalah tepat, manakala hanya 28 peratus berpendapat sebaliknya.
Sokongan dari masyarakat Cina kekal 53 peratus, manakala sokongan dari masyarakat India meningkat dari 63 peratus kepada 72 peratus.
Menurut Merdeka Center, sokongan kaum Melayu adalah pada tahap 55 peratus.
Sementara itu, 67 peratus responden berpuas hati dengan prestasi kerajaan negeri Selangor, manakala 55 peratus yakin atau sangat yakin dengan kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Angka ini jauh mengatasi 22 peratus responden yang berpendapat sebaliknya.
Tinjauan ini dijalankan atas permintaan Kerajaan Negeri Selangor,melibatkan pengundi berumur 21 ke atas melalui temubual telefon dari 27Julai hingga 23 Ogos.
Tinjauan yang sama juga mendapati Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus menghampakan pengundi-pengundi Selangor.
Kira-kira 49 peratus percaya rasuah di peringkat kerajaan persekutuanterus meningkat manakala 15 peratus percaya tidak ada perubahan sejak Najib mengambil-alih kuasa.TVSNEWS
Ulasan
Catat Ulasan
Ulaslah Yang Terbaik..