Nik Aziz Konsisten Pertahan Anwar

KOTA BHARU 25 DIS: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus konsisten mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Terkini ketika menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semalam, Nik Aziz mengecam tindakann ahli politik yang secara berterusan mengkritik serta menuduh Ketua Pembangkang itu dalam kes yang sedang dihadapinya.

Tegas Nik Aziz, sebagai manusia Anwar juga mempunyai perasaan sama seperti manusia lain sambil menegaskan betapa tuduhan yang dibuat itu perlu kepada bukti yang kukuh.

"Sekarang ni mereka dok cincang Anwar, apa yang mereka tak kata kepada beliau sejak bertahun-tahun. Ada menuduh dia terlibat kes liwat dan bermacam-macam lagi.

" Anwar itu orang bukan batang kayu, dia ada hati perut dan perasaan, dia ada maruah, kenapa nak tuduh tanpa bukti. Itu berdosa, jika Anwar tidak maaf, orang itu tidak masuk syurga," katanya.

Berkenaan pihak yang menuduhnya bersikap pluralisma dalam agama, Mursyidul Am PAS itu berkata menegur sikap segelintir ahli politik yang memainkan isu berkenaan.

Nik Aziz dlabel demikian apabila menghadiri majlis masyarakat bukan Islam, sedangka ia tidak salah menurut pandangan Islam.

"Saya ni tok guru,kalau saya buat benda saya akan fikir panjang. Dalam kes itu, saya tanya orang Cina, majlis tu melibatkan kebudayaan ke agama, kalau agama saya tidak boleh pergi kerana kita ada tuhan satu sahaja. Saya tidak halal orang yang menuduh saya begitu," katanya.TVSNEWS

Ulasan